Isu SemasaTempatan

Kajian: 90% Warga Malaysia Mahu Bekerja Di Luar Negara

Melalui sebuah kajian yang dilakukan oleh Randstad Workmonitor, 90% warga Malaysia mahu merantau ke luar negara untuk bekerja jika ia membolehkan mereka mendapatkan kerjaya yang lebih baik serta keseimbangan di antara kehidupan dan pekerjaan serta pendapatan yang jauh lebih tinggi.

Kajian yang mengambil kira 94% responden warga tempatan yang berumur di antara 18 hingga 34 tahun ini berkata mereka akan menimbang perkara tersebut dengan alasan yang di atas.

Bagi responden berusia antara 35 hingga 54 tahun pula mencatatkan 91% hal yang sama dan 70% adalah daripada responden berusia di antara 55 hingga 67 tahun.

 

Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Mahu Berhijrah

Kajian ini juga menunjukkan bahawa 85% warga Malaysia sanggup untuk berhijrah ke luar negara kerana gaji yang lebih tinggi.

Di antara negara yang dipilih oleh orang Malaysia untuk tinggal di luar negara ialah Australia, Singapura dan Jepun. Ini adalah kerana syarikat yang berada di negara-negara tersebut dilihat mampu untuk menggaji pekerja dengan gaji yang tinggi dan memberi sokongan keseimbangan di antara kehidupan harian serta pekerjaan (work-life balance).

Melalui kajian yang dilakukan oleh Randstad Singapura dan Malaysia, kebanyakan daripada responden adalah daripada industri teknologi, tenaga minyak dan gas, pengangkutan, aeroangkasa dan industri rantaian bekalan.

“Pekerja daripada industri ini memiliki kemahiran teknikal yang boleh digunapakai dengan mudah lebih di mana sahaja. Tambahan pula, firma multinasional ini juga hadir dalam pasaran kunci di Malaysia.

Ini memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk memohon pemindahan ke luar negara atau ke pasaran luar,” kata Jaya Dass, Pengarah Urusan Randstad Singapore dan Malaysia.

 

Golongan Ini Lebih Cenderung Berhijrah

Bagi pekerja muda, mereka lebih memiliki motivasi yang tinggi untuk bekerja diluar negara kerana mahu menambah pengalaman disamping bertemu orang baharu kerana mereka daripada golongan ini tidak memiliki tanggungjawab kekeluargaan.

Sentimen pemilihan pekerjaan yang dilakukan oleh orang muda ini memberikan indikasi bahawa syarikat tempatan perlu melihat bagaimana caranya untuk menarik perhatian pekerja berkemahiran untuk bekerja di syarikat tempatan.

Ini juga adalah supaya Malaysia tidak kekurangan pekerja tempatan yang berkemahiran tinggi bagi memastikn ekonomi negara kekal pada momentum yang positif.

 

Mengapa Perkara Ini Bakal Memberi Impak Negatif Terhadap Negara

Adalah sangat penting untuk sesebuah syarikat melabur perniagaan mereka ke atas warga tempatan yang berkemahiran agar negara kita boleh maju dalam ekonomi yang berinovatif bersamaan dengan misi industri revolusi 4.0.

Walau bagaimanapun, kajian ini juga mendapati 48% orang Malaysia sanggup untuk bertukar bidang kerjaya daripada mencari pekerjaan lebih baik di luar negara manakala 83% sanggup untuk merantau bagi mendapatkan pekerjaan yang lebih menarik.

Selain itu, kajian ini juga mendapati 91% pekerja Malaysia gemar untuk bekerja di dalam pejabat yang memiliki pelbagai latar belakang dan budaya.

Menurut Dass, pendedahan seperti ini membantu pekerja untuk mendapatkan perspektif baharu serta berkongsi cara kerja yang terbaik dan bekerjasama dengan cara yang baharu.

 

Warga Tempatan Tidak Seharusnya Berhijrah

Dalam pada itu, Dass berkata lebih banyak peluang pekerjaan akan terbuka di Malaysia dengan lebih banyak syarikat dilihat mahu melebarkan sayap mereka ke rantau Asia Pasifik.

Perkara ini sudah tentu dapat memberi impak positif kepada warga tempatan yang memiliki kemahiran tinggi malah sudah tentu syarikat-syarikat ini akan menerima warga tempatan dengan tangan terbuka.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button