Isu SemasaSukanTempatan

KBS Sokong Atlet Berpakaian Patuh Syariah Tetapi…

Pada awal bulan September, kerajaan Terengganu telah membuat pendirian untuk menarik diri dalam dua bentuk sukan iaitu gimnastik dan gimrama wanita kerana tuntutan yang perlu dipatuhi atlet bercanggah dengan garis panduan ditetapkan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri terbabit dikatakan tidak boleh berkompromi dengan sukan tersebut kerana pakaian yang digunakan semasa pertandingan.

 

Apa Pula Pandangan KBS?

Pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan diminta untuk menyatakan rancangan dan usaha memperkenal pakaian patuh syariah bagi semua aktiviti dan pertandingan sukan yang dianjurkan di peringkat domestik serta antarabangsa.

Bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), mereka menggalakkan tlet negara untuk mengenakan pakaian patuh syariah ketika menyertai apa-apa pertandingan atau kejohanan namun pada masa sama tiada paksaan untuk mereka berbuat demikian.

“Pendirian KBS ialah kita akan memberi galakan tanpa paksaan kepada mereka. Jika kita lihat soal prestasi, atlet dan persatuan lebih tahu apa yang terbaik untuk mereka.

‚ÄúSehubungan itu, kementerian akan sentiasa berdiskusi dengan mereka (mengenai pilihan pakaian), kerana kita yakin rakyat Malaysia akan tetap memberi sokongan pada atlet-atlet kita, tidak kira apa pun pilihan pakaian mereka,” kata Syed Saddiq pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat.

 

Kementerian Menjamin Tidak Ada Diskriminasi Pakaian Patuh Syariah Dalam Pertandingan

Pada masa sama Syed Saddiq memberi jaminan bahawa kementerian akan memastikan tidak berlaku sebarang diskriminasi terhadap atlet yang memakai pakaian patuh syariah apabila mereka menyertai pertandingan di peringkat domestik dan antarabangsa seperti yang berlaku di sesetengah negara.

“Kita tegas untuk mempertahan pendirian atlet yang memilih untuk memakai pakaian patuh syariah. Kita ambil contoh sebelum ini ada seorang atlet wanita antarabangsa yang didiskriminasi akibat memakai pakaian berhijab, kita jamin perkara ini tidak akan terjadi di Malaysia.

“Kita akan bawa ketetapan ini dan menyuarakan suara kita melalui International Olympic Committee (IOC)… perlu ada rundingan khusus dengan mereka sambil kita mengorak langkah demi masa depan sukan negara,” katanya yang dipetik oleh Bernama.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan tambahan daripada Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang ingin tahu sama ada atlet boleh memilih untuk tidak bertanding sekiranya mereka tidak dibenarkan memakai pakaian patuh syariah.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button