Sukan

Final Piala Malaysia 2019: Tiket Boleh Dibeli Esok!

Walaupun keputusan di antara Tok Gajah dan Lang Merah adalah seri, 5-5 dalam aksi separuh akhir kedua, skuad Tok Gajah terpaksa berputih mata untuk beraksi di pentas final Piala Malaysia 2019.

Dalam perlawanan yang penuh dramatik di Stadium Darul Makmur malam Sabtu yang lalu, Kedah mara ke perlawanan akhir dengan agregat 8-8 berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan untuk meranapkan impian skuad kendalian Dollah Salleh.

Pahang dilihat bermain dengan bersungguh-sungguh di Stadium Darul Makmur dan tidak berputus asa namun menurut astroawani, kealpaan tuan rumah telah mengundang padah selepas Rodriguez membawa Kedah kembali mendahului pada m-117.

Jaringan penyerang Pahang Dickson Nwakaeme sebelum wisel penamat dibunyikan tidak membawa makna buat tuan rumah.

Pada masa yang sama, aksi di Stadium Shah Alam, JDT yang tampil dengan kemenangan 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos meneruskan momentum cemerlang apabila menewaskan Selangor 3-0 untuk mara dengan agregat 5-1.

Semalam selepas mesyuarat penyelarasan final Piala Malaysia 2019 di Ibu Pejabat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah memutuskan untuk mengagihkan 31,610 keping tiket untuk aksi final Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Ia termasuk 750 keping tiket kanak-kanak bagi setiap pasukan.

Setiausaha Eksekutif KFA, Shahrul Shamsudin, berkata kepada astroawani, pihaknya akan menjual 26,610 tiket termasuk 750 tiket kanak-kanak kepada penyokong Kedah di kaunter tiket perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Khamis ini.

Sejumlah 5,000 lagi tiket akan dijual secara dalam talian kepada penyokong Kedah tidak termasuk bagi kategori tempat duduk RM80, RM100 dan RM150.

“Kami sudah menambah baik sistem penjualan di kaunter tiket yang saya rasa lebih efisien serta memudahkan penyokong kerana mereka hanya perlu datang ke satu tempat untuk mendapatkan tiket final.

“Sebanyak 5,000 tiket berharga RM50 diperuntukkan kepada penyokong Kedah akan mula dijual bermula Rabu ini, ” kata Shahrul kepada media selepas mesyuarat pelarasan itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat PBNJ, Kapten Mohd Anizam Jamian berkata, mereka akan membuat pengagihan penjualan tiket sebanyak 26,610 keping kepada 10 daerah di negeri Johor.

Beliau berkata sebahagian daripada tiket berkenaan akan turut dijual di kaunter Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Khamis ini.

“Ini memberi kemudahan kepada penyokong JDT di setiap tempat bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia dan selepas membuat pecahan, selebihnya kami akan jual di Larkin,” kata Mohd Anizam.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button