SukanTeknologi

RM215,000 Dipertandingkan Di Selangor Cyber Games 2019

Hujung minggu lepas, acara Selangor Cyber Games (SCG) 2019 telah berlangsung di i-City, Shah Alam.

Acara yang diadakan pada 26 dan 27 Oktober itu mempertandingkan 4 permainan e-sukan dengan jumlah wang hadiah keseluruhan sebanyak RM215,000.

Kesemua empat permainan tersebut adalah Dota 2, FIFA 20, Tekken 7 dan PUBG Mobile.

sumber foto: Selangor Cyber Games 2019
sumber foto: Selangor Cyber Games 2019

Permainan PUBG Mobile telah dijuarai oleh Yoodo Gank dan membawa pulang RM40,000 diikuti oleh Last Survivor R2K di tempat kedua, N.E.D Brotherhood di tempat ketiga dan AKA ESports Alpha di tempat keempat.

Permainan Dota 2 pula menobatkan Flower Gaming sebagai juara dan membawa pulang RM12,000 manakala DOTAHERO di tempat kedua, QWE tempat ketiga dan Team Justice di tempĂȘta keempat.

Bagi FIFA 20 pula, KLASIKO | BALE muncul juara dan membawa pulang RM15,000. Tempat kedua pula dimenangi oleh LUQMANHZQ, INFINITE_NAKATA di tempat ketiga dan P3RLISTEAMJR di tempat keempat.

Mohammad Zarif Aiman a.k.a BOOST | BOOST pula diangkat sebagai juara Tekken 7 serta membawa pulang RM8,000. Tempat kedua dimenangi oleh NGY4M | GTM, FLASH VISION | FATE di tempat ketiga dan PROTOTYPE di tempat keempat.

Pada hari pertama, kesemua pemain akan melalui peringkat saringan dan kumpulan untuk mara ke pusingan akhir yang berlangsung pada keesokkan harinya.

Selain itu juga, pengunjung yang hadir berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti aksesori komputer dan juga hadiah di calma permainan.

SCG ini dibawakan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor dan disokong oleh MET Malaysia.

Untuk informasi lanjut dan senarai penuh pemenang SCG 2019, anda boleh layari laman web rasmi dan laman Facebook Selangor Cyber Games 2019.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button