Isu SemasaSains

Di Thailand Terdapat Dua Greta Thunberg

Greta Thunberg, aktivis alam sekitar yang pada usia 15 tahun duduk di hadapan parlimen Sweden semasa waktu persekolahan supaya tindakan lebih drastik dilakukan ke atas pemanasan global sambil memegang spanduk “Mogok Sekolah Kerana Cuaca” (“School Strike for Climate”) ini telah menginspirasikan ramai remaja lain di serata dunia untuk melakukan hal yang sama.

Setelah beliau memberi ucapan yang menggoncang dunia pada September 2019 yang lalu di UN Climate Action Summit, New York, lebih ramai lagi yang maju ke hadapan untuk bersuara seperti dirinya.

Di Thailand, Nanticha “Lynn” Ocharoenchai telah mengadakan protes pertama di negara tersebut pada bulan Mac dan lebih daripada separuh yang mengikuti protes tersebut merupakan pelajar dari sekolah antarabangsa dan juga orang asing.

Pada hari yang sama, Ralyn “Lilly” Satidtanasarn yang baru berusia 11 tahun bersama rakan sekolahnya telah memberi surat terbuka kepada Perdana Menteri untuk mendesak tindakan bagi memulihkan perubahan cuaca yang sedang berlaku.

Mereka berdua bersetuju bahawa kerana mereka mendapatkan pendidikan dari sekolah antarabangsa telah membuat diri mereka lebih sedar tentang kepentingan alam sekitar.

Ralyn “Lilly” Satidtanasarn, mengambil bahagian dalam ‘Trash Hero’ sebuah inisiatif membersihkan hutan bandar dan pantai di Thailand. Sumber : thestar.com.my

Di sekolah antarabangsa yang mereka pergi, terdapat kelas alam sekitar manakala kebanyakan sekolah negeri di Thailand tidak mengajar subjek tersebut.

Setelah lulus dari Universiti Chulalongkorn, Lynn yang kini berusia 21 tahun mempunyai misi untuk menyemarakkan lagi pendedahan tentang perubahan cuaca yang berlaku di dunia yang turut memberi impak ke negara mereka agar orang ramai sedar bahawa negara mereka juga sedang mengalami peningkatan suhu, peningkatan paras laut, banjir dan kering berpanjangan.

Perubahan cuaca sudah pasti menimpa Thailand secara langsung tetapi norma sosial orang Asia yang mengatakan anak muda tidak memiliki suara dan tidak boleh menentang orang sewasa telah membuat Lynn sukar untuk mencapai tujuannya.

“Bertahun-tahun saya menangis di dalam bilik tidur kerana tidak ada sesiapa mahu melakukan sesuatu untuk alam sekitar. Tetapi saya fikir kalau Greta boleh melakukannya, mungkin saya boleh melakukannya juga,”kata Lynn yang juga menulis tentang alam sekitar semasa menjadi penulis pelatih.

Pada bulan Mac, Lynn mencipta sebuah ‘event’ Facebook untuk melakukan protes cuaca di Bangkok bertajuk “Climate Strike Thailand”.

Siapa sangka perkara tersebut telah berjaya mengumpul 5,000 pengikut.

“Pada awalnya saya tidak tahu tentang sosial media Thai dan bagaimana untuk berdepan dengan budaya orang Thai apatah lagi menukar pola berfikir mereka. Tetapi sejak Mac, saya telah banyak belajar,” kata Lynn.

Sejak protes pada bulan Mac yang lalu, Lynn telah mengadakan dua lagi pada bulan Mei dan September.

Pada bulan September, lebih kurang 200 anak muda telah berarak ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mendesak kerajaan untuk mengisytiharkan kecemasan alam sekitar dan bertukar kepada 100% tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2040.

Pada tahun 2015, Thailand telah menandatangani perjanjian cuaca Paris dan berjanji untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau sebanyak 20-25% sebelum tahun 2030.

Tetapi loji janakuasa arang batu baru kelihatan masih dipromosikan di Thailand dan negara jiran. Perkara ini sudah pasti bertentangan dengan misi perubahan cuaca yang ditandatangani.

Nanticha “Lynn” Ocharoenchai . Sumber Imej: change.org

“Protes tentang perubahan cuaca sudah pasti bukan langkah untukk mengatasi masalah ini tetapi ia hanya permulaan untuk mengakui masalah ini,” jelas Lynn.

Lilly pula telah bertemu dengan pelbagai ahli perniagaan serta pihak kerajaan untuk menyeru supaya mereka mengambil kusah tentang alam sekitar.

Kegigihannya selama dua tahun terakhir telah menunjukkan hasil dan dia diiktiraf kerana berhasil mendapatkan lebih daripada 40 pusat membeli-belah untuk menghapuskan penggunaan platik tahun lalu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button