Gaya HidupPercutian

Orang Ini Menyediakan Kursus ‘Survival’ Ala Zaman Batu

Pernah tak terfikir untuk mengalami kehidupan seperti orang zaman batu? Jika anda mahu mengalaminya, seorang chef pastri kini memberi perkhidmatan untuk anda menikmati kursus kehidupan zaman batu.

Guido Camia, 37 tahun mengadakan kursus tersebut di Pergunungan Alps. Anda boleh melihatnya pada hujung minggu mendaki pergunungan yang berbatu dan menangkap ikan berkaki ayam.

Dia akan memakai pakaian diperbuat daripada kulit haiwan dan membawa lembing dan kelihatan seperti orang tinggal pada zaman kartun The Flintstones.

Kursus yang dikendalikan oleh Guido ini telah diluluskan secara rasmi oleh Italy’s International Survival Federation (FISSS).

Guido telah menawarkan kursus ini selama lima tahun pada harga permulaan 80-200Euro (RM370-RM464) seorang untuk satu malam.

Kursus asas ini termasuk penginapan di sebuah tempat perlindungan bivouac.

Orang zaman batu yang juga dikenali sebagai Neanderthals ini menghuni dunia pada tahun 400,000 hingga 40,000 tahun yang lalu dan mereka sangat bijak.

Menurut Guido, mereka menjumpai cara menyalakan api dan mampu beradaptasi terhadap pelbagai jenis cuaca.

“Mereka ini adalah nomad yang berpindah randah, tinggal di dalam gua tetapi tahu untuk mendirikan tempat perlindungan kecil,” kata Guido.

Guido berkata dia juga menawarkan kursus selama dua hingga tiga jam bagi keluarga dan kumpulan sekolah.

“Saya menunjukkan kepada mereka bagaimana Neanderthals hidup, bagaimana mereka makan, bagaimana mereka menyalakan api, menggunakan lembing. Saya juga menunjukkan kepada mereka bagaimana caranya untuk menggunakan keperluan asas untuk memasak,” jelas Guido.

Bagi pelanggannya yang memilih untuk mengikuti kursus permulaan, Guido akan menyediakan untuk mereka dengan kemudahan yang lengkap tetapi bagi pelanggan peringkat lanjut, mereka perlu mencari makanan sendiri untuk beberapa hari.

“Perkara ini membolehkan manusia memahami bahawa otak kita menggunakan paling banyak tenaga dan perhitungan paling mudah pun akan menjadi sukar jika tidak dapat makan dalam waktu tiga hari,” kata Guido dengan senyuman.

Guido menyangkal bahawa dia adalah di antara golongan yang berpegang teori keruntuhan peradaban tetapi dia percaya bahawa keruntuhan industri revolusi yang belum selesai.

“Kita perlu tahu bagaimana untuk beradaptasi dengan perubahan cuaca, dengan makanan yang berlainan dan boleh mengubah cara hidup kita,” jelasnya.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button