AntarabangsaIsu Semasa

5 Cara Raja Thailand Menonjolkan Kuasa Diraja

Tindakan Raja Thailand, Maha Vajiralongkon melucutkan pangkat diraja dan ketenteraan peneman diraja pada awal minggu ini telah mengejutkan ramai rakyat negara itu.

Bekas pengawal peribadi dan jururawat tentera, Sineenat Wongvajirapakdi telah dilucutkan pangkat “Chao Khun Phra” atau peneman diraja dan dituduh sebagai “tidak setia kepada raja”.

Pelucutan pangkat peneman diraja yang tidak dianugerahkan kepada sesiapa selama hampir satu abad, telah menimbulkan spekulasi terhadap monarki itu.

Tetapi ini bukan kali pertama Raja Maha Vajiralongkorn telah melaksanakan tindakan yang lantang sejak mengambil alih takhta pada tahun 2016.

Berikut adalah lima cara kuasa kerajaan telah dipaparkan oleh Raja baru Thailand setakat ini.

‘PEMBELOTAN’ TERHADAP ISTANA

Istana Thailand berkata Sineenat tidak taat kepada raja, telah mencetuskan konflik di istana dan bertindak “melawan pelantikan Ratu (Suthida) … untuk cita-citanya sendiri”. Tindakannya juga didakwa telah menjejaskan monarki.

Dikenali sebagai Koi, Sineenat adalah juruterbang yang berkelayakan dan merupakan wanita pertama yang menerima gelaran peneman diraja dalam hampir satu abad.

Selepas dianugerahkan pangkat itu pada Hari Keputeraan Raja Maha Vajiralongkon pada bulan Julai lalu, istana mengeluarkan bebrapa keping gambar Sineenat berambut pendek dalam pertempuran, menerbangkan jet dan bersiap untuk terjun dari pesawat, serta memegang tangan raja.

Dan tanpa sebarang khabar angina, Sineenat menerima tamparan yang hebat pada Isnin lalu dan mengejutkan pengguna Twitter Thailand.

#SaveKoi adalah salah satu tanda pagar yang sohor kini, digunakan oleh pengguna media sosial itu yang menzahirkan simpati untuk Sineenat.

Pelucutan pangkat Sineenat bukanlah kali pertama rakyat Thai telah diberi gambaran mengenai kehidupan peribadi raja yang penuh dramatik.

Semasa menjadi putera mahkota, Vajiralongkon telah berkahwin dan bercerai tiga kali dengan sekurang-kurangnya dua perkahwinan itu tidak berakhir dengan baik.

Pada tahun 1996, beliau mengumumkan perceraiannya dengan isteri keduanya, Sujarinee Vivacharawongse, dengan meletakkan poster di istana. Salah satu poster menunjukkan Sujarinee diperintahkan dibuang kerana berzina, mendera anak perempuannya dan penipuan. Dia dan empat anaknya melarikan diri dari negara itu dan tinggal di Amerika Syarikat.

Bekas isterinya yang ketiga, Srirasmi Suwadee, hidup dalam buangan di luar Bangkok sejak perceraiannya pada tahun 2014 selepas penangkapan beberapa saudara mara yang dituduh membuat tuntutan palsu berhubung dengan monarki untuk keuntungan kewangan.

PENAMBAHAN UNIT TENTERA

Istana juga telah meningkatkan unit tentera diraja di bawah Vajiralongkorn, sambil menambah 1,600 pegawai polis.

Dua unit tentera baru diletakkan di bawah kawalan langsung raja pada bulan Oktober, hanya beberapa bulan selepas Vajiralongkon mengambil alih takhta pada Mei. Ia tidak jelas berapa banyak askar berada dalam setiap rejimen, tetapi pakar mengatakan satu bahagian mempunyai sehingga 5,000 askar.

Pemindahan tentera itu ditentang oleh parti politik di parlimen tetapi keputusan itu masih diluluskan dengan majoriti besar.

PEMILIKAN ASET BERNILAI TINGGI

Vajiralongkorn mewarisi salah satu monarki terkaya di dunia dari ayahnya Raja Bhumibol Adulyadej, yang meninggal dunia pada Oktober 2016.

Antara gerakan terawal yang menggantikannya ialah menegaskan kawalan peribadi penuh ke atas Biro Harta Mahkota (CPB), yang mempunyai berbilion aset dalam bank, syarikat dan hartanah utama.

Jawatankuasa CPB sebelum ini diketuai oleh menteri kewangan dalam satu perjanjian yang memberikan hak pengawasan oleh orang awam terhadap aset yang dianggarkan bernilai US $ 30bil-US $ 60bil (RM125bil-RM250bil).

Aset penuh CPB dipegang secara peribadi dan tetap menjadi rahsia ketat istana.

PROTOKAL DAN DISIPLIN

Disiplin, protokol dan kesetiaan adalah antara bidang yang diberi penegasan oleh raja, terutama di kalangan pengawal diraja.

Vajiralongkorn mengingatkan pekerjanya bahawa tugas mereka adalah “memelihara bangsa, negara, dan monarki”.

Tentera memperkenalkan salut baru di bawah pentadbiran Vajiralongkorn di mana para askar mesti menegakkan dada mereka dan menggerakkan kepala mereka ke sisi. Dan pasukan polis negara itu telah diarahkan untuk berpakaian kemas yang dikatakan sebagai permintaan raja.

PERUBAHAN UNDANG-UNDANG

Mana-mana perubahan undang-undang utama di Thailand memerlukan tandatangan raja. Tetapi Vajiralongkorn mengarahkan menulis semula kepada sebahagian daripada perlembagaan baru negara.

Mereka juga menghapuskan keperluan raja, yang menghabiskan banyak waktu di Jerman, untuk melantik seorang bupati ketika di luar negeri.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button