AntarabangsaIsu Semasa

Jokowi Lantik Pesaing Utamanya, Prabowo Subianto Sebagai Menteri Pertahanan Indonesia

Presiden Indonesia, Joko Widodo yang lebih mesra dikenali sebagai “Jokowi”, pada Rabu telah mendedahkan barisan Kabinet baru bagi penggal 2019 – 2024, yang diberi nama Kabinet Indonesia Maju.

Lebih menarik lagi, Jokowi telah melantik pencabar utamanya ketika Pilihan Raya Presiden 2014 dan 2019, Prabowo Subianto, sebagai Menteri Pertahanan.

Beliau berjaya menewaskan Prabowo dalam kedua-dua pilihan raya berkenaan.

Walaupun Jokowi dan Prabowo dilihat ‘bermusuhan’ ketika pilihan raya, namun mereka sejak kebelakangan ini kerap muncul bersama dalam pelbagai pertemuan mesra, termasuk pada Isnin, 21 Oktober 2019, apabila Prabowo memberi petanda bahawa beliau dan seorang lagi anggota parti Gerindra pimpinannya, dipilih untuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Ketika mengumumkan pelantikan Prabowo, Jokowi berkata:

“Saya yakin bahawa saya tidak perlu memberitahunya tentang jawatannya – beliau (Prabowo) lebih mengetahuinya berbanding saya.”

Di atas talian (online) penyokong-penyokong Prabowo menyambut baik pelantikannya sebagai Menteri Pertahanan.

“Mereka pernah bersaing di antara satu sama lain, tetapi sekarang, mereka akan membangunkan negara ini bersama-sama.

“Kami amat menghargai Prabowo kerana berbesar hati untuk membantu Jokowi demi kemajuan negara,” kata penyokongnya.

Namun begitu, kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International Indonesia sebelum ini membantah pelantikan bekas jeneral tentera itu untuk memegang jawatan kanan.

Menurut Amnesty, pelantikan beliau akan menandakan “hari yang gelap bagi hak asasi manusia.”

Prabowo, yang merupakan anak menantu bekas diktator Indonesia, Suharto, dituduh melakukan pelbagai pencabulan hak asasi manusia, termasuk penculikan dan kehilangan beberapa aktivis pro-demokrasi.

Sementara itu, pengasas Gojek, Nadiem Makarim pula dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan.

Antara yang jadi tumpuan dan paling dinanti-nantikan ialah jawatan bagi pengasas Gojek, Nadiem Makarim, yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan.

Berikut adalah senarai penuh Kabinet Indonesia Maju:

1. Menteri Koordinator Bidang Polhukam: Mahfud MD

2. Menteri Koordinator Bidang Perekonomian: Airlangga Hartarto

3. Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan: Muhadjir Effendy

4. Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi: Luhut B Pandjaitan

5. Menteri Pertahanan: Prabowo Subianto

6. Menteri Sekretaris Negara: Pratikno

7. Menteri Dalam Negeri: Jenderal (Pol) Tito Karnavian

8. Menteri Luar Negeri: Retno LP Marsudi

9. Menteri Agama: Jenderal Fachrul Razy

10. Menteri Hukum dan HAM: Yasonna Laoly

11. Menteri Keuangan: Sri Mulyani

12. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan: Nadiem Makarim

13. Menteri Kesehatan: dr Terawan

14. Menteri Sosial: Juliari Batubara

15. Menteri Tenaga Kerja: Ida Fauziyah

16. Menteri Perindustrian: Agus Gumiwang Kartasasmita

17. Menteri Perdagangan: Agus Suparmanto

18. Menteri ESDM: Arifin Tasrif

19. Menteri PUPR: Basuki Hadimuljono

20. Menteri Perhubungan: Budi Karya Sumadi

21. Menteri Komunikasi dan Informasi: Johnny G Plate

22. Menteri Pertanian: Syahrul Yasin Limpo

23. Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan: Siti Nurbaya

24. Menteri Kelautan dan Perikanan: Edhy Prabowo

25. Menteri Desa dan PDTT: Abdul Halim Iskandar

26. Menteri ATR/Kepala BPN: Sofyan Djalil

27. Menteri PPN/Kepala Bappenas: Suharso Monoarfa

28. Menteri PAN-RB: Tjahjo Kumolo

29. Menteri BUMN: Erick Thohir

30. Menteri Koperasi dan UKM: Teten Masduki

31. Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif: Wishnutama

32. Menteri PPA: I Gusti Ayu Bintang Darmawati

33. Menristek Bambang Brodjonegoro

34. Menteri Pemuda dan Olahraga: Zainudin Amali

35. Kepala Staf Kepresidenan: Moeldoko

36. Sekretaris Kabinet: Pramono Anung

37. Kepala BKPM: Bahlil Lahadalia

38. Jaksa Agung: Burhanudin

Sumber: The Sun Daily, Astro Awani

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button