Sukan

Siapakah Pengarah Teknikal Baharu Akademi Mokhtar Dahari Setelah Lim Teong Kim?

Spekulasi siapa bakal mengambil alih tugas Lim Teong Kim, Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sejak bulan Ogos yang lalu masih menjadi tanda tanya.

Dengan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum kontrak beliau ditamatkan pada 31 Oktober 2019, siapakah penggantinya masih menjadi persoalan.

Teong Kim mula dilantik sebagai Pengarah Teknikal NFDP pada 2013 dan kemudian memegang jawatan sebagai Pengarah AMD pada 2016.

 

Tiada Dalam Senarai

Saad Ichalelene

Bagaimanapun, tugasnya sebagai Pengarah Teknikal diambil alih Saad Ichalelene selepas penstrukturan semula NFDP dibuat pada Disember 2018, susulan kegagalan Malaysia layak ke suku akhir Kejuaraan B-16 AFC 2018, sekali gus menutup peluang beraksi pada Piala Dunia B-17 2019.

Ramai yang berspekulasi bahawa Saad akan mengambil alih tugas Teong Kim tetapi sumber memberitahu Arena Metro, Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Saad Ichalelene yang disebut-sebut menjawat jawatan terbabit sebenarnya tiada dalam senarai pengganti.

Saad sebelum ini adalah Ketua Metodologi, Pendidikan Jurulatih dan Pencarian Bakat NFDP serta mantan jurulatih remaja kelab gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG).

 

Pengganti Warga Asing?

Menurut sumber HarianMetro, pengganti Teong Kim kemungkinan besar adalah warga asing yang kini berada dalam senarai akhir pihak berkaitan untuk diumumkan kelak.

“Daripada tiga individu dari luar negara dalam senarai akhir itu, kita sudah kenal pasti individu tepat untuk jawatan terbabit dan ia akan diumumkan November depan,” kata sumber ketika ditemui pada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).

 

Sah Sudah Ada Pengganti!

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan sudah ada senarai calon sesuai untuk menggantikan Teong Kim.

Syed Saddiq berkata, proses rundingan masih berjalan dan memberi jaminan AMD bakal menerima pengarah baharu sebelum akhir tahun ini.

Semasa Teong Kim memegang jawatan sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari, beliau diberi gaji berjumlah RM175,000 dan perlu melaporkan segala tugasnya kepada Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter De Roo.

 

Sebab Utama Mengapa Teong Kim Tidak Disambung Kontrak

Menurut BeritaHarian, penstrukturan semula program NFDP itu dibuat ekoran kegagalan pasukan bawah 16 tahun (B-16) negara di bawah kendalian Teong Kim melayakkan diri ke Kejohanan Piala Dunia B-17 2019 di Peru selepas pusingan kelayakan Oktober lalu.

Beberapa jam selepas kegagalan itu, FAM melucutkan jawatan Teong Kim sebagai jurulatih skuad B-16 sekali gus menimbulkan persoalan mengenai nasib beliau dalam program NFDP.

Menerusi penstrukturan baharu ini juga, FAM akan memainkan peranan lebih besar berbanding sebelum ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button