SukanTeknologi

Todak dan Axis Wakil Malaysia Dalam M1

2 pasukan dari Malaysia telah layak dan terpilih mewakili negara untuk Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1.

Pasukan Todak dan Axis akan berentap dengan 14 buah pasukan lagi dari 14 negara lain pada 15 hingga 17 November nanti di Stadium Axiata, Kuala Lumpur.

Kejohanan yang mengumpulkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$250,000 (RM1.04 juta) itu akan menampilkan pasukan terbaik dari beberapa negara seluruh dunia.

Bagi senarai penuh pasukan yang akan bertanding di M1, KLIK DI SINI.

Todak dan Axis Harapan Negara

Todak menerima slot itu selepas layak ke Grand Final MPL MY/SG Musim Keempat manakala Axis pula di tempat keempat.

kredit foto: myGameOn

 

Walaubagaimanapun Todak hanya mampu berada di tangga ke-2 selepas tewas tipis kepada skuad Singapura, EVOS Esports SG dan membawa pulang RM50,000 sebagai naib juara.

Pasukan Todak wakili oleh Ciku, Eone, Lyche, Moon, Nenas dan Xra manakala Axis diwakili oleh Rynn, Lacid, Loong, Evilx dan Scott.

Kejohanan yang berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur pada 20 Oktober lalu mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000 dan dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama Moonton.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button