Isu SemasaSains

Organisma Pelik Yang Memiliki 720 Jantina & Kuasa Luar Biasa

Taman Zoologi di Paris semalam mempamerkan organisma misteri baharu digelar ‘blob’ yang kelihatan seperti kulat tetapi mempunyai sifat seperti haiwan. Unisel berwarna kekuningan itu didakwa tidak mempunyai mulut, perut atau mata.

Namun, ia masih boleh mengesan makanan dan mencernakannya.

“Blob tersebut juga mempunyai hampir 720 jantina dan boleh bergerak tanpa kaki atau sayap. Selain itu, ia mampu menyembuhkan dirinya dalam tempoh dua minit. Paling memeranjatkan, ia tiada otak namun mampu belajar.

“Jika anda gabungkan dua blob bersama, salah satu daripadanya yang telah belajar tentang sesuatu akan memindahkan maklumat atau pengetahuan kepada pasangannya,” kata Pengarah Muzium Sejarah Semula Jadi di pusat itu, Bruno David.

Sumber Imej : Forbes.com

Difahamkan, nama blob itu dinamakan sempena filem sains fiksyen seram yang dikeluarkan pada 1958 dan dibintangi Steve McQueen.

“Kami yakin ia bukan tumbuhan namun kami tidak pasti sama ada ia haiwan atau kulat. Ini kerana walaupun ia kelihatan seperti cendawan, ia ada sifat seperti haiwan dan boleh belajar,” kata David lagi.

Jika anda tertanya-tanya tentang bagaimana wujudnya 720 jantina tersebut, sedangkan yang kita tahu ialah hanya jantina jantan mahupun betina.

Tetapi sebenarnya organisma ini hanya boleh bercampur dengan beberapa set bahan genetik mitokondria yang dikenali sebagai matA. matB dan matC yang selalunya memiliki 16 variasi.

Oleh itu organisma ‘blob’ yang memiliki lebih daripada itu adalah sesuatu yang luar biasa.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button