AntarabangsaIsu Semasa

Etnik Uighur “Diganggu” Hingga Ke Persemadian Terakhir

China memusnahkan tapak perkuburan Islam di mana etnik Uighur telah dikebumikan dan aktivis mengatakan tindakan itu sebagai usaha untuk membasmi identiti kumpulan etnik terbabit di Xinjiang.

Dalam masa dua tahun, puluhan tanah perkuburan telah dimusnahkan di rantau barat laut itu, menurut satu siasatan AFP dengan penganalisis imejan satelit Earthrise Alliance.

Beberapa kubur dimusnahkan di daerah Shayar di mana wartawan AFP melihat tulang manusia ditinggalkan di tiga tapak perkuburan. Di tapak-tapak lain, makam-makam dimusnahkan menjadi batu bata yang bertebaran di tanah yang dibersihkan.

Walaupun pihak berkuasa secara rasmi menyatakan tindakan itu dilakukan untuk pembangunan bandar atau membaik pulih kubur lama, etnik Uighur di luar negeri mengatakan kemusnahan itu adalah sebahagian daripada tindakan keras kerajaan untuk mengawal setiap elemen kehidupan mereka.

“Ini semua adalah sebahagian daripada kempen China untuk membasmi secara berkesan apa-apa bukti kewujudan Uighur dan menjadikan kami seperti orang Han,” kata Salih Hudayar, yang mengatakan tanah perkuburan di mana moyangnya dikebumikan telah dihancurkan.

“Itulah sebabnya mereka memusnahkan semua tapak bersejarah ini, tanah perkuburan ini, untuk menghapuskan Uighur dari sejarah, daripada bapa kita dan nenek moyang kita,” katanya.

Dianggarkan satu juta  etnik minoriti Muslim Uighur telah dihantar ke kem pendidikan semula di Xinjiang atas nama memerangi ekstremisme dan separatisme agama.

Mereka yang bebas adalah tertakluk kepada pengawasan dan sekatan yang ketat seperti kunjungan rumah dari pegawai untuk melarang janggut dan tudung.

Walaupun menrima kritikan global, China masih berkeras terhadap etnik Uighur. Minggu ini, Amerika Syarikat berkata ia akan membendung visa untuk pegawai atas dakwaan penyalahgunaan dan menyenaraihitamkan 28 firma China yang menuduh pelanggaran haknya.

Menurut imej satelit yang dianalisis oleh AFP dan Earthrise Alliance, kerajaan China sejak tahun 2014, memusnahkan dan meratakan sekurang-kurangnya 45 kubur Uighur termasuk 30 dalam dua tahun yang lalu.

Dalam lawatan ke Xinjiang pada bulan September, AFP melawat 13 kubur yang dimusnahkan di empat bandaraya dan melihat tulang di sekurang-kurangnya tiga tapak perkuburan Shayar.

Pegawai-pegawai tempatan membantah bukti  yang ditemui, mengatakan “tulang yang dijumpai terlalu besar untuk tulang manusia”.

Tetapi tujuh ahli antropologi forensik yang melihat imej yang diambil oleh AFP mengenal pasti sejumlah mayat manusia termasuk tulang paha, kaki, tulang tangan, dan bahagian siku.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button