SukanTeknologi

Suit Canggih Bagi Memudahkan Petugas Mengangkat Beban Untuk Paralimpik Tokyo 2020

Sebuah suit direka khas untuk petugas mengangkat berat beban bagi acara Powerlifting Para Dunia (WPPO) dan juga Paralimpik Tokyo 2020.

Suit yang direka dengan sensor untuk mengesan pergerakan otot serta motor yang menyegerakkan pemakai dengan mekanisma kuasa supaya mereka boleh mengangkat berat beban dengan lebih mudah dan juga selamat.

Atoun Model Y telah dipilih untuk dua temasya antarabangsa ini direka untuk pekerja mengangkat berat seperti di lapangan terbang, kilang, logistik, tapak pembinaan dan juga pertanian.

Atoun Model Y adalah rekaan syarikat Panasonic dan Panasonic juga merupakan pembekal rasmi persekutuan kebangsaan itu berdasarkan perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani bulan lalu.

Panasonic juga merupakan rakan kongsi sukan Olimpik.

Powerlifting Para merupakan acara bagi atlet yang memiliki kekurangan di bahagian bawah anggota badan.

Pertandingan ini adalah bagi mengangkat berat daripada 49kg hingga 107kg untuk lelaki dan 41kg hingga 86kg untuk wanita.

Dalam pertandingan yang besar, ia adalah tidak asing lagi untuk petugas mengangkat lebih 100 bebanan yang memiliki berat antara 10-50kg.

Suit Atoun yang dikeluarkan Panasonic telah berjaya mempamerkan keberkesanannya semasa Kejohanan Kitakyushu 2019 Asia-Oceania World Para Powerlifting 2018 serta Trofi Jepun Kiyakyushu 2017 Para Powerlifting.

Dalam aksi demonstrasi yang dipamerkan menggunakan suit ini telah menunjukkan beberapa kelebihan.

Ini termasuk keselamatan yang dipertingkatkan dan ketepatan dalam mengalihkan bebanan memasuki dan mengeluarkan dari bar serta kecepatan dalam mengangkat berat tersebut untuk memastikan kelancaran pertandingan. Secara keseluruhannya, suit ini telah meningkatkan prestasi petugas.

Ia sudah tentu juga telah mengurangkan beban fizikal para petugas dan meningkatkan keyakinan serta keselamatan untuk atlet dalam mengangkat berat.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button