Gaya HidupKesihatan

Apakah Perbezaan Di Antara Limau Dan Lemon?

Buah limau (citrus aurantifolia) sebenarnya mempunyai beberapa perbezaan yang agak ketara dengan buah lemon (citrus limon).

Kedua-dua buah sitrus ini adalah sama sekali berbeza secara genetiknya walaupun saling berkait rapat antara satu sama lain.

Ada pakar yang berpendapat bahawa lemon adalah diperbuat daripada hibrid buah limau dengan buah sitron, iaitu sejenis buah sitrus yang besar dengan kulit yang tebal tetapi ia hanya teori yang ternyata belum terbukti. – Hellodoktor

Lemon Lebih Banyak Gula

Lemon mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi, menjadikan rasanya lebih manis jika hendak dibandingkan dengan buah limau yang mempunyai rasa masam dan lebih sesuai untuk dicampurkan ke dalam minuman atau koktel.

Lemon pula mempunyai rasa buah yang lebih sedap dan segar, menjadikannya lebih sesuai untuk dibuat air lemonade.

Akan tetapi, kedua-duanya masih mempunyai rasa asid yang mampu meloyakan lidah dan tekak. Disebabkan itu, buah sitrus ini selalunya dicampurkan dengan masakan yang lain sebelum dimakan.

Kandungan nutrisi

Seperti yang anda lihat pada jadual di bawah ini lemon memiliki kandungan vitamin C jauh lebih tinggi berbanding limau tetapi lemon adalah lebih berasid berbanding limau.

Berikut merupakan kandungan nutrisi bagi setiap 100 gram atau 3.5 auns kedua-dua buah sitrus ini:

Limau Lemon
Kalori 30 29
Karbohidrat 11 gram 9 gram
Serat 3 gram 3 gram
Lemak 0 gram 0 gram
Protein 1 gram 1 gram
Vitamin C 48% RDI 88% RDI
Zat besi 3% RDI 3% RDI
Potasium 3% RDI 4% RDI
Vitamin B6 2% RDI 4% RDI
Vitamin B9 2% RDI 3% RDI

6 Manfaat Limau & Lemon Pada Kesihatan

#1. Membantu menguatkan imuniti

Kedua-dua buah sitrus ini kaya dengan kandungan vitamin C, yang turut popular dengan nama asid askorbik.

Ia mampu membantu menguatkan sistem imun anda. Vitamin yang sangat kritikal ini mampu merangsang penghasilan sel darah putih yang merupakan lapisan pertahanan yang pertama buat tubuh badan apabila diserang oleh apa-apa jenis jangkitan atau penyakit.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pihak International Antioxidant Research Centre yang bertempat di King’s College, London, vitamin C dan zat besi yang wujud di dalam buah-buahan sitrus ini mampu mengelakkan kerosakan DNA di dalam sel-sel yang sihat. 

#2. Membantu melancarkan penyembuhan

Vitamin C yang terdapat di dalam kedua-dua buah sitrus ini memainkan peranan yang sangat kritikal di dalam penghasilan kolagen.

Ia sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan dan pembangunan otot, sel kulit, tisu dan tulang pada tubuh badan kita. Tanpanya, tahap penyembuhan penyakit atau jangkitan mahupun kecederaan akan menjadi sedikit perlahan.

#3. Membantu membaikpulihkan sistem penghadaman

Menurut Dr. Sherry Tanumihardjo dari Universiti Wisconsin-Madison, kedua-dua buah sitrus ini juga sebenarnya merupakan sumber serat yang bagus.

Menerusi kajiannya lagi, sifat buah-buah sitrus yang kaya serat ini adalah sangat bagus untuk sistem penghadaman kerana ia dapat melegakan sembelit, menyingkirkan gas dan angin di dalam perut.

3 gram serat yang terdapat dalam buah-buah sitrus ini mewakili sekurang-kurangnya 10 peratus pengambilan serat harian yang dicadangkan.

Pun begitu, rasanya yang masam mungkin tidak membenarkan anda merealisasikannya. Jadi, cuba campurkan ia ke dalam masakan anda agar rasanya tidak terlalu ketara.

#4. Membantu melancarkan pengaliran darah

Kedua-dua buah sitrus ini mengandungi zat besi yang sangat tinggi, yang merupakan elemen penting di dalam hemoglobin.

Tanpa paras zat besi yang betul, individu mungkin akan mengalami anemia. Simptomnya anemia adalah lemah, letih, keliru dan sukar untuk tidur.

#5. Membantu mengurangkan berat badan

Hampir kesemua buah sitrus mengandungi kandungan serat yang sangat tinggi dan kalorinya yang rendah adalah sangat sesuai untuk individu yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.

Sama ada ia digunakan sebagai bahan penambah perasa makanan atau minuman, ia sudah pasti boleh membantu mengurangkan berat badan anda.

#6. Aktiviti antioksidan

Buah sitrus seperti buah-buah ini mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, di samping penambahan vitamin C, yang boleh memberi kesan kepada radikal bebas.

Menurut beberapa kajian yang lepas, buah-buahan ini mampu merendahkan tahap stres oksidatif sekali gus mengurangkan risiko penyakit yang kronik seperti kanser.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button