Hiburan

Selepas 2 Dekad Diharamkan, Kelantan Benarkan Seni Mak Yong

Kerajaan negeri Kelantan dilaporkan telah menarik balik larangan ke atas tarian tradisional Mak Yong selepas lebih daripada dua dekad mengharamkannya.

Menurut New Straits Times, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, persembahan itu bagaimanapun harus mematuhi garis panduan Syariah seperti mewajibkan penari untuk menutup aurat.

“Sebarang unsur penyembahan juga tidak dibenarkan dalam persembahan,” katanya dipetik selepas mesyuarat majlis eksekutif negeri di Kota Bharu.

“Garis panduan yang sama juga dikenakan pada ‘wayang kulit’ dan persembahan seni Melayu tradisional lain. Kami mahu memastikan hanya persembahan yang patuh syariat Islam ditunjukkan kepada penonton.”

Walaupun larangan tersebut ditarik, Mohd Amar menegaskan bahawa kerajaan negeri dan jabatan agama Islam akan terus memantau persembahan untuk memastikan mereka patuh Syariah.

Pada bulan Mac, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Datuk Md Anizam Abd Rahman dipetik sebagai berkata jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengkaji sama ada Mak Yong patuh Syariah atau tidak.

Beliau juga berkata penganjur Mak Yong perlu terlebih dahulu dikaji semula untuk menentukan sama ada rancangan mereka mematuhi peraturan Kelantan, berikutan desakan berulang untuk mengangkat larangan tersebut.

Sebelum itu, pelapor khas Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan negeri Kelantan untuk mengangkat larangan Mak Yong, wayang kulit dan lain-lain bentuk seni tradisional Melayu.

Karima Bennoune, yang merupakan pelapor khas PBB dalam bidang hak kebudayaan, berkata ia amt merugikan jika bentuk-bentuk seni ini dibiarkan hilang kerana ia bermakna rakyat Malaysia, dan khususnya Kelantan, akan kehilangan sebahagian daripada budaya mereka. Beliau telah membuat desakan yang sama pada 2017.

Mak Yong sebelum ini diisytiharkan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2005, dalam usaha terakhir untuk menyelamatkannya.

Mak Yong telah dilakukan di rantau ini selama hampir satu milenium, dan sejarawan percaya ia dibawa ke Kelantan sekitar 200 tahun yang lalu.

Pertunjukan Mak Yong yang melibatkan tarian, lakonan dan nyanyian biasanya menceritakan kisah yang berasal dari Kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 dan zaman ratu Kelantan legenda, Che Siti Wan Kembang yang dipercayai telah memerintah antara abad ke-14 dan ke-16.

Larangan itu secara rasmi dikodkan pada 1998 dengan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan yang diluluskan oleh dewan negeri pada tahun itu, yang juga melarang persembahan tradisional tempatan seperti menora, wayang kulit dan main puteri yang dianggap “tidak Islam”.

Mak Yong secara tradisinya dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang khusus untuk setiap tempat, tetapi kini kebanyakannya dilakukan dengan cara yang lebih bermoral oleh kelompok-kelompok kesenian yang diberi kuasa.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button