AntarabangsaIsu Semasa

Filipina Sasar Tamatkan Pemberontakan Komunis Menjelang Tahun 2022

Kerajaan Filipina sasar untuk mengakhiri pemberontakan komunis menjelang tahun 2022 sebelum tamat penggal pemerintahan Presiden Rodrigo Duterte.

“Kami berhasrat untuk menetapkan tempoh akhir, yang secara lazimnya pada tahun 2022 kerana ia merupakan pengakhiran penggal (pentadbiran) Presiden.

“Dalam tempoh tiga tahun itu, pemberontak komunis akan mengalami kerugian ketenteraan yang amat besar sehingga mereka tidak akan mampu lagi melancarkan serangan dan mendatangkan masalah kepada negara,” kata Penasihat Keselamatan Negara Filipina, Hermogenes Esperon.

Pada Khamis lalu, Esperon berucap di sebuah sidang kemuncak serantau Jawatan Kuasa Kebangsaan untuk Menamatkan Konflik Bersenjata Komunis Tempatan yang dihadiri oleh Menteri Kabinet, pegawai keselamatan, ketua eksekutif dan ketua puak dari seluruh Mindanao.

Menurut beliau, sidang kemuncak itu diadakan untuk belajar daripada kejayaan dan langkah-langkah terbaik yang diambil oleh rantau lain dalam memerangi pemberontakan komunis.

Namun, Esperon menyatakan bahawa terdapat pelbagai cabaran yang boleh mengganggu usaha kerajaan untuk mencapai sasarannya dalam melemahkan kekuatan tempur gerila komunis.

Tambahnya lagi, peperangan yang dicetuskan oleh pemberontak komunis paling dirasai di Mindanao, tetapi jika tentera dibiarkan berseorangan dalam memerangi komunis, masalah pemberontakan tidak akan dapat diselesaikan.

“Kita tidak mampu menewaskan komunis menerusi usaha tentera dan polis sahaja. Kita memerlukan sektor awam.

“Anda (orang awam) mempunyai kunci kepada penyelesaian masalah komunis bukan sahaja di Mindanao, malah di seluruh Filipina,” jelasnya.

Esperon turut menekankan keperluan untuk merancang “usaha sistematik dan harmoni” serta mengubah strategi daripada operasi berunsur ketenteraan kepada operasi yang diterajui oleh orang awam.

Walau bagaimanapun, Parti Komunis Filipina (CPP) berkata, usaha kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan akan menyebabkan berlakunya keadaan yang menyaksikan pengrekrutan lebih ramai pemberontak.

Dalam sebuah kenyataan, CPP menyatakan bahawa kempen anti-pemberontak sebaliknya mendorong “semakin ramai orang untuk menyertai atau menyokong revolusi perjuangan bersenjata bawah tanah.”

Sumber: The Star – Philippine Daily Enquirer/ANN

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button