SukanTeknologi

Liga Sukan Elektronik Kebangsaan Bakal Diperkenalkan

Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq telah mengumumkan yang kementerian beliau bakal menganjurkan Liga Sukan Eletronik Kebangsaan pada tahun 2020.

Perkara tersebut dinyatakan beliau di dalam Dewan Rakyat untuk menjawab persoalan Ahli Parlimen Kluang iaitu YB Wong Shu Qi.

Menurut beliau lagi, liga tersebut bakal melibatkan semua negeri di dalam Malaysia.

Sister ranking akan diwujudkan bagi mengenalpasti semasa atlet-atlet e-sukan di dalam liga ini. Ia juga  turut digunakan bagi kementerian menyukat prestasi atlet bagi pemilihan wakil negara.

YB Syed Saddiq turut menjelaskan bahawa Majlis Sukan Negeri Johor telah menyenaraikan e-sukan sebagai salah satu acara sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Dalam Belanjawan 2020, sebanyak RM20 juta diperuntukan untuk pembangunan e-sukan di Malaysia menerusi Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC).

Peruntukan tersebut bukan sahaja untuk perkembangan e-sukan, malah ia turut digunakan untuk membantu pembangunan kandungan digital khususnya dalam e-permainan, animasi dan seni digital.

Diharap dengan dana yang diperuntukan, kita dapat melihat lebih banyak pertandingan mahupun liga e-sukan di bawah kendalian kementerian.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button