Gaya HidupPercutian

9 Tempat Menarik Untuk Diterokai Di Arab Saudi

Arab Saudi baru-baru ini telah melancarkan visa pelancong yang membuka negaranya kepada pelancong asing. Jika anda ingin melawat negara Islam itu, berikut adalah 9 destinasi yang mengagumkan yang perlu anda kunjungi.

JELAJAH PADANG PASIR SEPERTI DI MARIKH

Image result for faisal finger riyadhAnda tidak perlu pergi jauh dari ibu negara Arab Saudi yang sibuk, Riyadh, untuk melihat pemandangan yang menakjubkan. Hanya satu jam di barat daya ibu kota itu, terletak padang pasir berbatu yang menyerupai kawasan pergunungan Utah. Di sini, struktur menara batu Qadmat Al-Saqtah (lebih dikenali sebagai Faisal’s Finger), berdiri 200 meter di atas lanskap yang kelihatan seperti planet Marikh.

TEMUI PULAU TERPENCIL ANDA SENDIRI

Image result for umluj saudi arabiaDengan air sejernih kristal dan pasir putih, pantai Umluj adalah Maldives versi Arab Saudi. Naiki bot ke salah satu daripada 104 pulau dan anda mungkin menemui satu pulau terpencil untuk anda sendiri. Saksikan keindahan hidupan marin seperti ikan badut, penyu dan ikan lumba-lumba melalui air yang cukup jernih.

SELAMI LAUT MERAH YANG MISTERI     

Image result for red sea saudi arabiaWalaupun Laut Merah kerap dikunjungi, terumbu karang di laut itu adalah yang paling sedikit dieksplorasi di dunia. Dengan pantai terpanjang di Laut Merah, Arab Saudi menawarkan banyak pilihan menyelam.

Manfaatkan sijil penyelaman anda untuk meneroka kawasan indah di bawah air seperti Boiler Wreck yang menjadi rumah belut moray dan terowong batu karang yang membawa kepada kolam 5 meter yang diterangi oleh cahaya matahari. Beribu-ribu terumbu kecil juga tersusun di Farasan Banks di mana dinding besar karang hitam bertindak sebagai kanvas dramatik untuk ikan badut, tuna dan jerung hammerhead.

MENDAKI DI TAMAN NEGARA ASIR

Image result for asir national park saudi arabiaAsir adalah Taman Negara Arab Saudi yang pertama, merangkumi 1,600 kilometer persegi dari padang pasir di timur ke pantai Laut Merah. Lembah-lembahnya yang subur adalah rumah bagi kampung-kampung yang menawan, termasuk ‘desa gantung’ Al Habala, yang terletak di atas tebing 400 meter di tebing curam dan hanya boleh diakses oleh tali. Satu siri laluan mendaki melalui hutan juniper, akan menemukan anda dengan hidupan liar seperti babun Hamadryas, helang dan harimau Arab yang terancam.

TEROKAI KOTA TUA JEDDAH

Related imageJeddah dikenali sebagai pintu masuk bagi para jemaah menuju Mekah dan Madinah tetapi sebagai pelabuhan laut terbesar di Laut Merah (dan bandar kedua terbesar di Arab Saudi), ia perlu dilawati kerana keistimewaannya sendiri. Lawati kawasan bersejarah Al-Balad dengan bangunan kuno untuk melihat wajah tradisional Arab. Dedikasikan sekurang-kurangnya satu petang untuk meneroka lorong-lorong di pasar Souq Al Alawi yang sibuk, di mana para pedagang menjual barang kesenian, barang kemas asli dan rempah-ratus. Nikmati teh bunga raya segar atau karkade semasa anda berada di sana. Karkade ialah minuman tempatan popular yang diminum secara panas pada musim sejuk dan dihirup secara sejuk pada musim panas.

BERSATU DENGAN ALAM DI GUNUNG FAIFA

Image result for faifa mountains saudi arabiaTerletak di rantau Jizan yang tinggi, Pergunungan Fifa mempunyai iklim sederhana dan kawasannya subur menghijau. Pendakian ke puncak akan diberi ganjaran dengan pemandangan benteng purba dan landskap tanaman teres yang subur di mana kopi dan jagung ditanam. Pelancong juga boleh menghilangkan sakit-sakit otot dan sendi dengan mandian di mata air panas Al-Khoubah.

ABADIKAN KENANGAN DI HARRAT RAHAT

Related imagePengembara yang berani akan kagum dengan perjalanan ke Harrat Rahat, ladang lava terbesar di Arab Saudi dengan lebih daripada 500 gunung aktif walaupun kini tidak lagi aktif. Ia terletak berhampiran Madinah sehinggakan aliran lava terakhir meletus pada 1256, ia datang dalam jarak empat kilometer dari kota, dengan kawasan kejiranan timur akhirnya berkembang dan dibina di atas aliran hitam keras. Landskap yang luar biasa ini pastinya sesuai untuk yang gemarkan fotografi.

ROAD TRIP DI KAWASAN PERGUNUNGAN

Related imageJalan ke Taif melalui kawasan pergunungan Al-Hada, laluan tinggi yang mencanak ke puncak awan. Taif terletak di kawasan pertanian yang terkenal dengan tanaman anggur, buah delima, buah ara, mawar dan madu. Sebuah perkampungan di gunung Al-Shafa, yang terletak 2,200 meter di atas paras laut juga merangkumi sebahagian besar kawasan tanaman yang juga bernilai untuk pemandangan indah.

LAWATI RUNTUHAN AL ULA

Image result for al ula saudi arabiaPeminat sejarah harus melawat Al-Ula di Arab Saudi, sebuah labirin prasejarah yang sangat padat di sebuah bandar yang terdiri daripada 800 batu bata dan rumah batu. Pelancong boleh berjalan melalui koridor yang sempit dan melihat sisa-sisa runtuhan seni bina Arab kuno. Tidak jauh dari Al-Ula adalah Mada’in Saleh, tapak Warisan Dunia UNESCO dan kota kedua terbesar yang dibina oleh Nabateans yang juga membina Petra. Lawati Mada’in Saleh untuk menyaksikan strukturnya yang mengagumkan.

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button