Isu SemasaSains

Kisah Pembedahan & Ikan Tuna Yang Diarahkan Untuk Mengintip Kapal Selam

Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa ikan juga boleh memiliki tumor?

Itulah yang dikesan ke atas seekor ikan emas selepas pemiliknya melihat satu ketulan besar di bahagian perut haiwan peliharaan mereka.

Ikan emas seberat 1 gram untuk menjadi pesakit paling kecil menjalani pembedahan di United Kingdom (UK) selepas doktor haiwan berjaya mengeluarkan tumor dari perutnya.Ikan bernama Molly itu dibedah selama 40 minit oleh doktor di Klinik Haiwan Highscoft di Bristol.

Ikan tersebut dibius dahulu sebelum pembedahan dilakukan

Pembedahan dengan kos kurang 100 pound (RM521) itu berjaya dan Molly dibenarkan pulang ke rumah tuannya pada hari sama.

Di Amerika pula, sekumpulan pakar dari Universiti Virginia berjaya mencipta ikan robot yang mampu bergerak 15 kali dalam masa sesaat.

Robot yang digelar Tunabot itu dikatakan dicipta untuk untuk menjadi pengintip di bawah laut termasuk mengintip kapal atau kapal selam musuh.

Tunabot dihasilkan daripada keluli dan mesin cetakan tiga dimensi (3D) dan dilengkapi kulit plastik yang licin persis seekor ikan. Ia boleh bergerak pada kira-kira 60 meter seminit melalui air.

Ketua projek, Hilary Bart Smith berkata, dia dan rakan-rakannya memilih tuna kerana ia boleh berenang dengan cepat dan mempunyai tenaga yang tinggi.

Menurutnya, ia dicipta menyerupai tuna sebenar.

“Ia boleh berenang untuk tempoh yang lama dan perlahan-lahan sambil mengawasi apa yang sedang berlaku.

“Ia juga mampu berenang dengan sangat cepat jika melihat sesuatu yang menarik perhatian,” katanya.

Kajian mengenai Tunabot itu diterbitkan menerusi jurnal sains robotik pada Rabu lalu.

Difahamkan, pasukan tersebut menerima geran daripada Pejabat Penyelidikan Angkatan Laut Amerika Syarikat bernilai AS$7.2 juta (RM30.2 juta) bagi tempoh lima tahun untuk kajian bagi memahami teori fizik ikan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button