Gaya HidupKesihatan

Bagaimana Bau Badan Boleh Terjadi?

Masalah badan berbau atau bromhidrosis ini merupakan satu masalah yang berlaku apabila anda melangkah ke alam akil baligh.

Ia adalah kerana di dalam badan anda berlaku proses peningkatan hormon yang dipanggil androgen.

Hormon ini tidak aktif sehinggalah anda mencapai tempoh kematangan atau akil baligh. Oleh kerana ini, masalah badan berbau jarang untuk berlaku ketika kepada kanak-kanak.

Dari Mana Datang Bau Badan?

Hakikatnya, peluh itu sendiri tidak mendatangkan sebarang bau. Tetapi bakteria yang berada pada kawasan yang mengeluarkan peluh dan membiak dengan cepat menyebabkan wujudnya bau.

Apa yang anda bau itu sebenarnya adalah hasil yang berlaku apabila bakteria memecahkan protein keratin yang berada pada permukaan kulit anda.

Ketika anda melakukan apa-apa aktiviti pergerakan fizikal yang cenderung menyebabkan terhasilnya peluh, atau mungkin anda lebih banyak terdedah kepada keadaan panas mahupun cahaya matahari, badan anda akan menghasilkan peluh. Ia adalah untuk membantu mengawal suhu badan anda.

Peluh yang ‘bertemu’ dengan bakteria pada permukaan kulit anda akan menyebabkan wujudnya bau. Inilah yang dipanggil sebagai bau badan atau B.O untuk body odor.

Kanak-Kanak Pun Boleh Ada Bau Badan

Itu jugalah keadaan yang berlaku kepada bahagian ketiak anda.

Walaupun telah dinyatakan masalah bau badan atau ketiak yang berbau akan terjadi kepada individu yang sudah akil baligh. Namun, terdapat juga kes di mana masalah ini turut dikenal pasti pada kanak-kanak.

Berbeza dengan individu dewasa yang mengalaminya disebabkan perubahan hormon, masalah badan berbau dihadapi oleh kanak-kanak biasanya didasari oleh masalah kesihatan atau keadaan perubatan.

Antara faktor-faktor yang menimbulkan masalah bau badan dalam kalangan kanak-kanak adalah seperti:

  • Proses kematangan atau akil baligh yang cepat
  • Sindrom fish odor
  • Pemakaian pakaian dengan material yang tidak sesuai seperti sintetik
  • Mempunyai kelenjar peluh yang lebih banyak
  • Pengambilan diet pemakanan harian yang terdiri daripada makanan yang mengeluarkan bau seperti bawang
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis, fenilketonuria (phenylketonuria) dan hiperhidrosis.

Hellodoktor Berkongsi 5 Sebab Badan Boleh Berbau

1. Dua kelenjar berbeza

Adalah normal untuk setiap individu untuk berpeluh kerana peluh itu sendiri berperanan untuk menyejukkan suhu badan. Terdapat 2 kelenjar peluh di dalam badan iaitu ekrin (eccrine) dan apokrin (apocrine). Kelenjar peluh ekrin terdapat di seluruh badan yang berfungsi untuk mengawal suhu badan. Manakala kelenjar peluh apokrin pula berada di kawasan yang mempunyai folikel rambut yang banyak seperti kulit kepala dan bahagian ketiak. Cairan yang dihasilkan kelenjar ini lebih bersifat lemak dan cenderung untuk berbau.

2. Rambut berbau

Masalah rambut yang berbau bukanlah disebabkan oleh kelenjar apokrin, tetapi ia disebabkan bakteria. Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, bakteria memecah lemak di kelenjar apokrin yang akhirnya mewujudkan masalah bau yang busuk. Jadi, semakin lebat rambut anda pada bahagian-bahagian tertentu, semakin banyak bakteria dan semakin cenderung untuk rambut menjadi busuk.

3. Pengaruh makanan

Pengambilan makanan tertentu turut menyumbang kepada masalah bau badan. Ini terutamanya apabila anda memakan makanan berbau seperti bawang putih. Ia merupakan antara punca penyebab badan berbau.

4. Tekanan berlebihan

Mengalami tekanan secara berlebihan juga boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan peluh dengan banyak. Jika anda merupakan individu yang sering mengalami tekanan, pastikan anda cuba mendapatkan bantuan untuk membantu anda meringankan tekanan yang anda hadapi. Ia pastinya dapat membantu mengurangkan risiko untuk mengalami badan berbau.

5. Penggunaan deodoran

Masalah ketiak berbau boleh diatasi dengan menggunakan deodoran. Ia boleh dianggap sebagai ‘pertahanan utama’ untuk melawan dan mencegah masalah bau ketiak yang busuk. Kandungan di dalam deodoran dipercayai dapat membantu untuk menghentikan pengeluaran peluh yang disebabkan melakukan aktiviti secara berlebihan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button