AntarabangsaIsu Semasa

Tentera China Tunggu Masa Untuk Campur Tangan Krisis Hong Kong

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam memberi amaran bahawa campur tangan tentera China akan berlaku jika pemberontakan untuk pembaharuan demokratik yang telah menggegarkan bandar itu selama berbulan-bulan terus berlangsung.

Lam menggesa pengkritik asing untuk menerima bahawa empat bulan protes yang dijalankan dengan peningkatan keganasan, kini bukan lagi satu “pergerakan yang aman untuk demokrasi”.

Beliau berkata campur tangan China telah diperuntukkan di bawah perlembagaan Hong Kong tetapi tidak boleh mendedahkan di bawah keadaan apa yang akan membenarkan campur tangan itu terlaksana.

Lam, bagaimanapun, menegaskan kerajaan masih berharap untuk menyelesaikan krisis itu sendiri tanpa campur tangan China.

“Saya masih merasakan bahawa kita harus mencari jalan penyelesaian sendiri. Hong Kong harus menangani masalah itu sendiri tetapi jika keadaan menjadi sangat buruk, maka tiada pilihan yang lebih baik selain membawa masuk tentera China,” katanya dalam satu persidangan berita.

Rusuhan yang berlangsung selama empat bulan telah merencatkan industri pelancongan dan perniagaan yang terus memburukkan ekonomi bandaraya itu yang masih bergelut dengan kesan perang perdagangan AS-China.

Presiden Donald Trump pada Isnin lalu menggesa Presiden China Xi Jinping untuk memastikan “penyelesaian yang berperikemanusiaan” di Hong Kong. Beliau memberi amaran bahawa apa-apa keputusan yang “buruk” berpotensi menjejaskan rundingan perdagangan di Washington.

Memperkasakan pendirian kerajaannya pada protes minggu lalu, Lam melaksanakan undang-undang darurat era penjajah yang melarang pemakaian topeng pada perhimpunan namun larangan tersebut memburukkan keadaan dengan keganasan harian berterusan sepanjang hujung minggu.

Pegawai polis minggu lepas melepaskan tembakan ketika diserang oleh penunjuk perasaan, mencederakan dua remaja yang merupakan mangsa pertama tembakan sejak demonstrasi bermula.

Penguatkuasaan larangan memakai topeng bermula pada hari Sabtu, dan Lam berkata masih terlalu awal untuk menyatakannya sebagai kegagalan. Dua orang telah dituduh melanggar peraturan pemakaian topeng setakat ini, yang boleh dihukum sehingga satu tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Pengkritik bimbang jika undang-undang darurat  yang memberikan kuasa luas untuk Lam melaksanakan langkah-langkah yang dianggap perlu, boleh membuka jalan untuk tindakan yang lebih drastik.

Lam berkata kerajaan akan membuat “penilaian yang teliti” sebelum mengenakan langkah lain di bawah undang-undang darurat seperti kawalan internet.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button