Isu SemasaTempatan

Apakah Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Mendapatkan Pekerjaan Di Malaysia?

10 Pekerjaan Kritikal 2018/2019

Menurut senarai Pekerjaan Kritikal, apa yang diperlukan untuk seseorang mendapatkan pekerjaan ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran berbahasa Inggeris dan mahir dalam menyelesaikan sesebuah masalah.

Negara kita juga kekurangan orang dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, guru pendidikan awal, pengurus kewangan, pakar kimia, pakar dalam bidang pembuatan dan pemaju perisian.

Dari senarai Pekerjaan Kritikal 2018/2019 (COL), terdapat 59 pekerjaan yang sangat diperlukan dan kebanyakannya berada sekitar ruang pemasaran teknologi baharu, automasi dan industri 4.0.

 

Kemahiran Tradisional Juga Penting Di Malaysia

Walau bagaimanapun, menurut Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran, ramai yang berfikir bahawa kemahiran dalam kecerdasan buatan (AI) dan ‘big data’ adalah sangat diperlukan buat masa ini tetapi ramai yang tidak menyedari kemahiran tradisional seperli kimpalan juga sangat diperlukan.

“Ramai orang Malaysia menganggap pekerjaan berkemahiran ini adalah pekerjaan terakhir mereka. Fikiran seperti ini perlulah diubah,” katanya yang bercerita terdapat banyak cerita kejayaan orang melalui kemahiran tradisional yang mereka miliki.

 

Institusi Pendidikan Malaysia Kurang Beri Pendedahan Kemahiran?

Bagi Prof Mahendhiran Sanggaran Nair, Ketua Pegawai Eksekutif Monash R&D Sdn Bhd, kebanyakan institusi pendidikan hanya menumpukan kelayakan seseorang walhal ekonomi baharu ini lebih kepada kemahiran yang seseorang calon itu miliki.

“Anda boleh memiliki pelbagai kelayakan tetapi jika anda tidak memiliki kemahiran yang betul, sudah pasti anda bakal memiliki kesukaran mendapatkan pekerjaan,” katanya yang juga merupakan Naib Presiden, Kajian dan Pembangunan (R&D).

Pekerjaan Kritikal 2018/2019

1. Pengurus Jualan dan Pemasaran
Sektor: Pembuatan, Penginapan, Perkhidmatan Makanan

>> Kekosongan yang dihadapi memerlukan 6-12 bulan untuk mengisinya kerana tidak ramai calon memiliki pengalaman yang mencukupi

2. Pengurus Informasi & Komunikasi Teknologi
Sektor: Kewangan dan Insurans, aktiviti takaful, komunikasi dan informasi

>> Terdapat permintaan yang tinggi kerana pengembangan pemasaran dan industri digital yang sedang meningkat.

3. Pakar Matematik, Aktuaris dan Pakar Statistik
Sektor: Kewangan dan insurans/aktiviti takaful, informasi dan komunikasi

>> Penganalisis data, saintis data dan aktuari adalah sangat diperlukan

4. Jurutera Mekanik
Sektor: Pembuatan, perlombongan dan kuari, pembinaan

>> Syarikat mencari calon yang memiliki kemahiran tambahan seperti pengaturcaraan dan kemahiran menyelesaikan masalah

5. Grafik dan pereka multimedia
Sektor: Seni, hiburan dan rekreasi, informasi dan komunikasi, pembuatan

>> Sangat memerlukan dalam sektor konten kreatif dan teknologi

6. Guru Profesional Pengajian Tinggi
Sektor: Pendidikan

>> Peningkatan permintaan adalah kerana inovasi teknologi dan globalisasi dalam industri teknologi

7. Pertanian, Jurutera Industri Mekanik dan Pembaikan
Sektor: Pembuatan, pertanian, perhutanan dan perikanan

>> Pekerjaan seperti mesin serta komputer dalam sektor ini sangat kekurangan.

8. Pemasangan, Elektrik, Mekanik
Sektor: Pembuatan, Pembinaan

>> Terdapat kurang calon dalam industri ini yang memiliki kemahiran teknikal yang kuat

9. Teknik Kejuruteraan Mekanik
Sektor: Pembuatan

>> Sangat diperlukan terutamanya dalam industri elektronik subsektor

10. Analisis Kewangan
Sektor: Kewangan dan insurans, aktiviti takaful

>> Terdapat keperluan dalam sektor ini terutamanya peranan khusus terutamanya ilmu Syariah.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button