SukanTeknologi

Shock Juara Overwatch League 2019

29 September yang lalu, pertandingan e-sukan Overwatch League 2019 telah melabuh tirai di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Kejohanan buat kali kedua ini telah menobatkan San Francisco Shock (SFS) sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang AS$1.1 juta (RM4.6 juta).

20 pasukan dari Amerika Syarikat, Kanada dan China tersenarai dalam 2019 Overwatch League namun hanya 12 pasukan terbaik mara ke pusingan ‘playoff’.

San Francisco Shock bangkit dari ‘Kumpulan Kalah’ di dalam pusingan 2019 Overwatch League Playoff dan mara ke pentas akhir seterusnya bertemu pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan ini, Vancouver Titans (VT).

Shock akhirnya berjaya menewaskan Titans dengan keputusan 4-0 bagi merangkul gelaran juara buat tahun 2019.

Overwatch League telah bermula sejak 14 Februari hingga 25 Ogos. Manakala pusing playoff berlangsung pada 5 hingga 29 September 2019.

Kejohanan kali ini melihat peningkatan pada hadiah wang terkumpul sehingga AS$5 juta (RM20.9 juta). Setiap pasukan yang terpilih ke pusingan akhir akan menerima sekurang-kurangnya AS$25,000 (RM104.5 ribu) dan juara peringkat (stage) akan menerima AS$200,000 (RM836 ribu).

Jay “sinatraa” Won dari pasukan San Francisco Shock menerima anugerah pemain terbaik (MVP) untuk liga kali ini manakala Choi “ChoiHyoBin” Hyo-bin dari pasukan yang sama pula menerima anugerah pemain terbaik untuk pentas ‘Grand Final’.

Pentas akhir telah berlangsung di Well Fargo Center, Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat dan melihat lebih 12,000 peminat Overwatch hadir dan memeriahkan kejohanan kali ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button