Isu SemasaPolitikTempatan

Kenapa Salleh Said Keruak Tiba-Tiba Nak Masuk PKR?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan telah menerima permohonan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk menyertai parti itu.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Salleh telah menghantar permohonannya secara atas talian (online), namun perbincangan masih perlu diadakan sebelum menerima bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu sebagai anggota.

“Mengenai permohonan keanggotaan Datuk Seri Salleh Said Keruak, saya ambil maklum laporan media yang mengatakan beliau telah membuat permohonan keanggotaan parti.

“Berdasarkan rekod, saya difahamkan parti memang ada terima permohonan keanggotaan daripada beliau secara dalam talian (online). Bagaimanapun, Biro Politik Keadilan (PKR) akan membincangkan dan memberi pertimbangan kepada perkara ini pada mesyuarat akan datang ” katanya.

Tetapi pasti ramai yang tertanya-tanya, apa yang mendorong beliau untuk menyertai PKR?

Salleh dalam satu kenyataan baru-baru ini menjelaskan bahawa hasratnya untuk menjadi anggota PKR adalah kerana merasakan parti tersebut mengamalkan politik berbilang kaum yang mencerminkan pegangan dan pendirian politiknya.

Selain itu, beliau turut berpandangan bahawa PKR sesuai dengan suasana politik di Sabah.

Salleh yang juga mantan Ketua Menteri Sabah berkata, beliau mahu ingin membantu PKR untuk mengembalikan politik progresif berbilang kaum yang mengutamakan kestabilan dan kesederhanaan, terutamanya di negeri di bawah bayu itu.

“Dalam konteks politik yang fokus terhadap kaum dan ekstremisme yang menggugat perpaduan dan kestabilan pada hari ini, saya percaya PKR berada di landasan betul untuk menyelamatkan negara daripada ancaman bencana ekstremisme,” katanya.

Difahamkan, Salleh meninggalkan UMNO pada bulan Disember tahun lalu adalah untuk memberi tumpuan kepada masa depan Sabah.

Sebilangan besar kepimpinan UMNO Sabah turut mengambil langkah yang serupa.

“Saya percaya langkah yang saya ambil ini adalah langkah yang betul buat diri saya dan percaya boleh menyumbang ke arah kestabilan dan kemakmuran Sabah khususnya dan Malaysia amnya melalui penglibatan saya dengan PKR,” tambahnya lagi.

Sumber: The Star, Bernama, FMT

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button