Isu SemasaSains

Saintis Berjaya Menghasilkan Cicak Albino Tetapi Apakah Tujuan Sebenarnya?

Sebuah kumpulan saintis dari Universiti Georgia telah berjaya melakukan perubahan genetik ke atas reptilia buat pertama kalinya sehingga melahirkan pasangan cicak albino sebesar saiz jari telunjuk.

 

Pertama Kali Perubahan Gen Ke Atas Reptilia

Teknologi canggih pembolehubah genetik yang dikenali sebagai CRISPR ini telah membawa kepada kejayaan dalam kajian tikus, tumbuhan dan manusia tetapi menjalankannya ke atas reptilia sebelum ini tidak dapat dijalankan kerana kunci reproduktif yang berbeza.

“Untuk satu jangka masa yang lama kita telah bergelut dengan cara bagaimana untuk mengubah genom reptilia serta memanipulasinya dan kita telah tersekat dalam cara bagaimana untuk mengubahsuai gen dilakukan di dalam sistem model yang utama,” kata Dough Menke, penulis bersama penerbitan kajian ini.

 

Sukar Dilakukan Ke Atas Haiwan Bertelur

Pengubah genetik CRISPR selalunya dijalankan ke atas telur yang baharu disenyawakan atau ke atas satu sel zigot tetapi teknik ini ternyata sukar untuk diaplikasikan ke atas haiwan yang bertelur.

Jika ia dilakukan setelah persenyawaan berlaku, jutaan sel telah pun membesar dan percubaan untuk menembus cangekrang pada tahap ini boleh membunuh embrio haiwan tersebut.

Alternatif ke atas teknik ini ialah untuk melakukannya sebelum persenyawaan berlaku tetapi dengan menyuntik reagen CRISPR terlalu awal juga bermaksud ianya satu langkah yang membazir.

Oleh itu tempoh masa yang paling sesuai adalah sangat kritikal walaupun sperma boleh tersimpan di dalam oviduktus betina pada masa yang agak lama namun ianya sukar untuk mengetahui bila persenyawaan akan berlaku.

 

Berjaya Juga Akhirnya

Menke dan rakan sekerjanya menyedari bahawa membran lutsinar yang menyelaputi ovari telah membuat mereka mampu untuk melihat telur yang akan disenyawakan dan akhirnya mereka bertindak untuk menyuntik reagen CRISPR ke dalamnya betul-betul sebelum persenyawaan berlaku.

Langkah ini nyata berkesan dan apa yang lebih memeranjatkan ialah pembolehubah gen ini telah menyebabkan kedua garis DNA maternal dan paternal berubah dan bukan hanya salah satu seperti yang mereka jangkakan.

 

Mengapa Ubah Genetik Jadi Albino?

Namun mengapa mereka memilih untuk menjadikan cicak tersebut albino?

Alasan yang paling utama dan paling nyata ialah kerana mereka mahu membuktikan teknik mereka berjaya.

“Jika anda melihat cicak albino, sudah pasti anda mengetahui bahawa kerja-kerja yang dilakukan telah berjaya,” kata Menke.

Alasan keduanya ialah dengan menghapuskan gen tirosinase yang menyebabkan albino ini tidak memberi kesan bahaya ke atas haiwan.

 

Penemuan ini telah membuat kita lebih memahami masalah penglihatan manusia albino

Akhirnya manusia yang mengalami penyakit albino selalunya mengalami masalah penglihatan dan para pengkaji boleh menggunakan cicak ini sebagai model untuk kajian mereka tentang bagaimana gen boleh memberi impak ke atas pembangunan retina mata.

“Terdapat struktur di dalam mata manusia yang dikenali sebagai fovea, ia merupakan sebauh struktur yang sangat penting untuk penglihatan tajam dan haiwan utama seperti tikus yang sering digunakan dalam kajian biomedik tidak memilikinya,” jelas Menke.

“Oleh sebab itu kami mahu membangunkan model haiwan bahatu dalam kajian kerosakan fovea dan ia mendapati bahawa cicak memiliki penglihatan tajam yang tinggi kerana mereka memburu serangga dan memiliki fovea pada mata mereka,” kata Menke yang mana kajian ini telah diterbitkan di jurnal Cell Press.

 

Teknik Yang Sama Boleh Untuk Burung

Pasukan saintis ini berkata teknik ini juga boleh diaplikasikan ke atas burung yang juga pernah menjalani perubahan genetik pada satu ketika dulu tetapi menggunakan teknik yang lebih kompleks.

Sejak kemunculan CRISPR yang juga dikenali dengan CRISPR-Cas9 sedekad yang lalu, jumlah aplikasi yang merubah permainan genetik ini telah berlangsung. Daripada mengurangkan genetik masalah pendengaran pada tikus sehingga perkara yang mengundang kontroversi iaitu menjadikan bayi manusia imun terhadap HIV.

“Setiap spesies sudah pasti memberikan kita maklumat yang berlainan dan ia mengambil masa untuk membangunkan kaedah bagi melaksanakan perubahan genetik,” kata Menke.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button