Isu SemasaTempatan

Industri Plastik Akan Diperkukuhkan Dengan Dasar Baru

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mempertimbang untuk memperkenalkan sebuah dasar baru bagi mengukuhkan lagi industri plastik negara, termasuk garis panduan yang lebih komprehensif tentang pengimportan dan kitar semula bahan plastik.

Dengan sasaran untuk memperkenalkan dasar baru ini pada tahun depan, Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin menyatakan bahawa pihaknya sedang mengkaji dan akan memperkasakan mekanisme industri plastik agar ia boleh membantu menjana pendapatan negara.

“Pasaran global kitar semula plastik bernilai US$600 bilion (RM2.51 trilion) dan Malaysia harus mengambil kesempatan ini dan memanfaatkan potensi industri.

“Kita boleh mengambil input daripada kertas putih ini untuk menjadikan garis panduan yang lebih menyeluruh dalam memperkasakan industri plastik,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Kertas Putih Industri Kitar Semua Plastik Malaysia pada Selasa, 1 Oktober 2019.

Kertas Putih yang diterbitkan oleh Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) dan Persatuan Pengitar Semula Plastik Malaysia (MPRA) itu merupakan langkah pertama industri kitar semula plastik untuk menjelaskan pandangannya

Malaysia (MPMA) dan Persatuan Pengitar Semula Plastik Malaysia (MPRA) adalah langkah pertama industri kitar semula plastik menjelaskan kepada pihak berkepentingan untuk membangunkan industri kitar semula plastik serta kepentingan menguruskan infrastruktur aliran sisa plastik bagi membangunkan ekonomi yang berdaya maju.

Sementara itu, Naib Presiden MPMA, CC Chean berkata, industri kitar semula plastik pada masa ini menyumbang RM4.5 bilion kepada ekonomi Malaysia dan mempunyai potensi untuk berkembang sehingga RM20 bilion setahun dengan lebih banyak pelaburan dalam teknologi, infrastruktur, serta peningkatan kapasiti yang lebih baik.

“Kami sahaja tidak dapat menyelesaikan isu pencemaran plastik, tetapi dengan bekerja bersama-sama dengan pemegang taruh industri plastik, kita boleh membina industri kitar semula plastik yang maju,” katanya.

Sumber: The Sun Daily – Bernama

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button