Sukan

Perjuangan Seorang Wanita Berhijab Dalam Sukan Tinju Berhasil

Sifat tidak mahu kalah bagi seorang petinju muda wanita dari Jerman ini seharusnya diberi penghormatan kerana beliau harus membuktikan dirinya dua kali ganda lebih hebat di dalam gelanggang kerana mengenakan hijab.

Stigma yang dihadapi oleh wanita berhijab di dunia apatah lagi di dalam dunia tinju tentu sahaja bukan perkara biasa.

“Saya harus membuktikan diri saya dua kali hebat kerana bukan sahaja seorang petinju wanita tetapi saya juga memakai hijab. Pada akhirnya perkara ini menguatkan lagi diri saya,” katanya kepada AFP.

Terinspirasi Dari Video

Zeina Nassar, 21 tahun yang tinggal di Berlin, Jerman telah pun memenangi beberapa pingat dan kini menyasarkan Olimpik Tokyo pada tahun hadapan untuk membuktikan kemampuan dirinya.

Zeina yang membesar di daerah Kreuzberg, Berlin ini mula menggemari tinju setelah menonton beberapa video di atas talian semasa usia remaja.

 

Impian Tercapai Apabila Peraturan Ditukar

Impian Zeina untuk berlawan di Olimpik Tokyo serta Paris Games pada tahun 2024 telah direalisasikan pada Februari yang lalu apabila Persatuan Tinju Antarabangsa menukar peraturan permainan untuk membenarkan petinju Islam memakai hijab dan mengenakan pakaian penuh di dalam gelanggang.

Bagi Zeina satu-satunya perkara yang utama dalam bersukan ialah untuk melakukan aksi terbaik dalam perlawanan dan bukannya bagaimana kita lihat secara luaran.

Dengan itu ramai juga yang mengangkat Zeina sebagai salah seorang pejuang untuk mendapatkan tempat dalam perlawanan tinju walaupun berhijab.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button