AsiaPolitik

Krisdayanti, Mulan Jameela Antara 14 Artis Yang Menjadi Ahli Parlimen Indonesia

Seramai 14 orang artis Indonesia, antara 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat ( DPR) yang mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen Indonesia untuk penggal 2019-2024 hari ini.

Penyanyi popular termasuk Krisdayanti, 44, dan Mulan Jameela, 40, yang terkenal menerusi lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, adalah antara wakil rakyat yang mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Perwakilan negara.

Kedua-duanya telah memenangi kerusi masing-masing di Jawa Timur V dan Jawa Barat XI semasa pemilihan yang berlangsung pada 17 April lalu, lapor The Star.

Krisdayanti, seorang artis yang juga popular di Malaysia, bertanding sebagai calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), manakala Mulan, yang juga isteri kepada artis Ahmad Dhani, bertanding untuk Parti Pergerakan Great Indonesia.

Seorang lagi wakil terpilih, Yasonna Laoly yang menang sebagai calon PDI-P, meletak jawatan sebagai menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia pada 27 September untuk mengangkat sumpah jawatannya.

Proses bersumpah bermula pada 10 pagi Selasa (1 Okt) di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Indonesia, Prof. Dr. H.M. Hatta Ali, di bangunan Parlimen Indonesia.

Menurut laporan media tempatan, artis-artis lain yang mengangkat sumpah ialah Eko Hendro Purnomo, Desy Ratnasari, Dede Yusuf Macan Effendi, Tommy Kurniawan, Primus Yustisio, Rieke Diah Pitaloka, Arzeti Bilbina, Rano Karno, Nurul Arifin, Farhan, Rachel Maryam Sayidina dan Nico Siahaan.

Jokowi, yang memenangi pilihan raya presiden pada 2019, dijangka mengangkat sumpah jawatannya sebagai Presiden Indonesia untuk penggal kedua (2019-2024) pada 20 Oktober.

Sementara itu, Ketua Umum Perhubungan Polisi Jakarta, Argo Yuwono mengatakan 20,500 anggota polisi ditugaskan untuk menjaga keamanan di daerah tersebut.

Jalan Gatot Soebroto, jalan yang menuju ke bangunan parlimen, yang juga merupakan jalan utama di Jakarta, masih ditutup sejak minggu lalu berikutan siri demonstrasi dan rusuhan menjelang upacara menganagkat sumpah.

Apa yang bermula sebagai satu siri demonstrasi berskala kecil tiga minggu yang lalu, bertambah buruk pada 24 September apabila beribu-ribu mahasiswa, pelajar serta ahli-ahli parti tertentu membantah di luar bangunan parlimen Indonesia terhadap pindaan yang dicadangkan kepada Undang-Undang Indonesia.

Pindaan itu didakwa berpotensi mengurangkan kuasa Suruhanjaya Pembasmian Rasuah yang menangani kes-kes rasuah di Indonesia, menyekat hak asasi manusia, dan melindungi kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

Jokowi telah mengarahkan penangguhan undi parlimen untuk pelaksanaan undang-undang pada 20 September lalu dan menjadi tanggungjawab anggota Dewan Perwakilan yang baru untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button