Isu SemasaTempatan

Apabila Terdapat Polis Tinggal Di PPR, Bolehkah Ia Mengurangkan Kadar Jenayah?

Bagi membendung jenayah yang berlaku di sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan juga Projek Perumahan Awam (PPA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan 27 unit kediaman di 15 Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk anggota Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan DBKL itu dapat meningkatkan keselamatan, kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat setempat.

2 Anggota Di Setiap Kediaman PPR

Sekurang-kurangnya dua anggota polis akan menempatkan kediaman tersebut dalam masa terdekat dan bakal dinaikkan lagi menjadi 38 kediaman.

“Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan, kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat setempat dengan kerjasama pelbagai agensi.

“Melalui program ini juga, sebarang maklumat berkaitan jenayah di kawasan PPR dapat disalurkan dan diambil tindakan dengan lebih pantas,” katanya kepada Kosmo ketika sidang akhbar Program Inisiatif Wilayah Peduli di PPR Desa Rejang.

Anggota Polis Terlibat Perlu Terbabit Dalam Program Kemasyarakatan

Menurut Datuk Seri Mazlan lagi, anggota yang ditempatkan di kawasan perumahan ini akan membabitkan diri dalam semua program kemasyarakatan di kawasan masing-masing termasuk menghadiri mesyuarat Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga.

“Ia adalah konsep baharu bagi mengurangkan kadar jenayah di perumahan PPR dan PPA terutamanya membabitkan kes pecah rumah dan kecurian motosikal yang kerap dilaporkan,” tambahnya.

Statistik Jenayah Sehingga Lebih 1000 Tangkapan Dalam Tahun 2019 Sahaja

Mazlan berkata, statistik jenayah indeks di kawasan PPR dan PPA Kuala Lumpur sejak Januari sehingga semalam mencatatkan sebanyak 536 kes.

“Statistik ini juga menunjukkan jenayah harta benda adalah sebanyak 465 kes manakala jenayah kekerasan pula sebanyak 71 kes,” katanya.

Bagi tangkapan kes narkotik dari Januari hingga Ogos 2019 di PPR Kuala Lumpur pula mencatatkan 844 kes dengan 1001 tangakapan.

15 PPR Sudah Dinamakan

Pada fasa pertama, PDRM akan menerima 27 unit rumah di PPR Seri Selangor, Seri Alam, Seri Sabah, Bukit Jalil, Desa Tun Razak, Seri Pantai, Pantai Ria, Gombak Setia, Seri Semarak, Desa Rejang, Air Panas, Wahyu, Beringin, Intan Baiduri dan Kampung Batu Muda.

Orang ramai diseru untuk bersama-sama membantu pihak polis dalam memastikan keselamtan dan kesejahteraan di kawasan ibu negara dengan menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button