Uncategorized @ms

Selangor Cyber Games 2019 Pertandingkan 4 Acara E-sukan Dengan Hadiah Wang Terkumpul Sebanyak RM215,000

Majlis Sukan Negeri Selangor, Mineski Events Team dan Big Machinez telah bekerjasama bagi menjayakan pertandingan e-sukan Selangor Cyber Games (SCG) 2019.

SCG 2019 kembali lagi untuk edisi ke-6 dan bakal diadakan di i-City Shah Alam, Selangor pada 26 dan 27 Oktober 2019.

Buat pertandingan kali ini, SCG menawarkan wang terkumpul sebanyak RM215,000.00 di dalam empat acara e-sukan yang dipertandingkan.

Empat acara yang dipertandingkan di SCG 2019 merupakan:

  1. Dota 2 – hadiah terkumpul = RM30,000
    (128 pasukan bermain di peringkat kelayakan di dalam talian, 8 pasukan dan layak ke peringkat akhir setelah peringkat kelayakan tamat)
  2. PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile – hadiah terkumpul RM100,000
    (512 pasukan bermain di peringkat kelayakan di dalam talian, 6 pasukan jemputan + 10 pasukan yang ditapis daripada peringkat kelayakan tamat)
  3. FIFA 20 – hadiah terkumpul RM55,000
    (512 pemain)
  4. Tekken 7 – hadiah terkumpul RM30,000
    (128 pemain)

Selangor Cyber Games bermula pada 2014 dan menjadi acara tahunan bagi MSN Selangor sehingga ke hari ini.

Ini tahun ke-6 penganjuran program SCG dan pihak Majlis Sukan Negeri Selangor memberikan keutamaan yang menyeluruh apabila melibatkan kumpulan Millennials & Generasi Z. Ramai anak muda dapat manfaat secara langsung dalam bidang e-Sports (e-sukan) ini, khususnya sebagai satu profesion. Kesinambungan MSNS sebagai penganjur program ini akan dapat membawa nama sukan e-Sports ke tahap yang lebih tinggi” kata Jestin Raj Savarimuthu, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Generasi Muda Majlis Sukan Negeri Selangor

Anjuran kali ini telah mendapat penajaan daripada Central I-City, Shah Alam sebagai Official Shopping Mall dan Unifi sebagai Official Broadband Provider.

Selain itu, acara ini juga mendapat sokongan daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Esports Selangor Assocation (ESS) dan Tencent.

Pendaftaran untuk menyertai Selangor Cyber Games 2019 telah dibuka dan boleh di akses di laman web www.selangorcybergames.net.

Slot bermain adalah berdasarkan kepada ‘First-Come-First-Serve’ dan akan ditutup setelah semua slot telah penuh.

#hashtag rasmi bagi Selangor Cyber Games adalah #selangorcybergames

Tags
Show More
Back to top button