Gaya HidupSains

Sanggupkah Anda Untuk Tidak Menaiki Kapal Terbang Bagi Menyelamatkan Bumi?

Beberapa rakyat Amerika mengambil langkah drastik untuk menyelamatkan krisis perubahan alam sekitar yang sedang kita alami tetapi mungkin tidak disedari oleh kita.

Antaranya ialah seorang saintis cuaca dari California, Peter Kalmus yang sudah tidak mahu menaiki kapal terbang sejak tahun 2012.

“Ia membuat saya rasa sakit secara fizikal kerana ia seperti saya sedang “mencuri” daripada masa depan kanak-kanak dan di sebabkan itu saya berjanji tidak akan menaiki kapal terbang lagi,” katanya.

Kalmus yang mengambil pelajaran post-doctorialnya pada tahun 2009 menjadi semakin prihatin terhadap perubahan iklim terutamanya apabila ais di dunia semakin mencair akibat pemanasan global yang pada akhirnya menyebabkan kecelaruan dalam sistem cuaca.

 

Berkata-Kata Sahaja Tidak Berkesan

“Saya sangat aktif menyuarakan pendapat tentang perubahan iklim ini di Facebook tetapi sering tidak mendapat maklumbalas dan merasakan perkara ini tidak akan membawa kemana-mana,” kata Kalmus kepada AFP.

Sehinggalah dia sendiri merasakan dia yang harus melakukan sebuah pergerakan sejajar dengan apa yang dia percaya.

Sebagai seorang saintis pakar, Kalmus telah memperkirakan beberapa aspek dalam kehidupannya dan menyedari bahawa menggunakan elektrik mengambil bahagian yang sangat kecil berbanding terbang menggunakan kapal terbang.

Oleh sebab ini, Kalmus telah memutuskan untuk mengurangkan perjalanan menggunakan kapal terbang. Kalmus juga telah cuba menjadi seorang ‘vegetarian’ untuk sebulan dan dia sangat menggemarinya.

Kalmus menyedari bahawa perubahan yang dia lakukan bukanlah sebuah pengorbanan tetapi ia telah menukarkan gaya hidupnya menjadi lebih sihat dan baik.

 

Menumpang Rumah Orang Untuk Mengurangkan Pengeluaran Tenaga

Selain Kalmus, Tarek Maassarani telah mengambil langkah yang mungkin akan kelihatan lebih ekstrim apabila jejaka berusia 40 tahun yang berambut panjang ini yang juga merupakan perunding untuk Institut Keamanan Amerika Syarikat dan juga seorang profesor di dua buah universiti di Washington sanggup untuk menumpang rumah bersama ibu dan adakalanya rakan-rakan untuk mengurangkan pengeluaran tenaga.

Bermula sejak dua tahun yang lalu, Tarek telah berpindah daripada sebuah rumah komuniti bersama di Washington bersama dua anak lelakinya dan tinggal bersama ibunya di Utah.

Selain daripada rumah ibunya, Tarek juga tinggal bersama rakan-rakannya dan bergantung sepenuhnya terhadap basikalnya sebagai satu-satunya pengangkutan yang dia naiki.

Tarek juga tidak membeli barang produk baharu kerana baginya ia mengeluarkan tenaga yang tidak baik. Sebaliknya dia sangat bergantung kepada barang yang diberi kepadanya.

 

Sanggup Makan Sisa Makanan Di Tong Sampah

Menurutnya lagi dia memiliki cara tersendiri untuk menyimpan telefon bimbit zaman dahulu dan juga komputer riba yang tidak dipakai lagi.

Makanan yang dimakannya juga dikutip daripada sampah atau sisa makanan daripada bufet persidangan yang dihadirinya.

Tarek menggelar dirinya sebagai “supply-and-demand vegan” kerana dia tidak membeli sebarang produk berasaskan haiwan dan tidak melakukan sebarang permintaan ke atas produk haiwan tersebut.

Pada masa yang sama jika hanya terdapat daging apabila dia mencari makanan di kawasan sampah atau apabila dia ke kawasan bufet makanan yang mana dia mengambil langkah terakhirnya untuk pergi, dia akan memakannya.

Tarek dengan pantas mengakui langkahnya ini sangat sukar dilakukan oleh kebanyakan orang tetapi baginya dia adalah bukti kehidupan seperti ini tidaklah mustahil.

“Saya menyedari juga bahawa jika tidak ada lebihan (di tempat buangan dan bufet), langkah yang dia lakukan tidak boleh dijalankan tetapi pada masa yang sama, masalah yang terjadi sekarang tidak akan berlaku jika tidak ada lebihan tersebut,” jelas Tarek.

 

Memasang Solar Di Bumbung Rumah

Selain daripada Tarek, Elizabeth Hogan menjalani kehidupan yang lebih konvensional tetapi masih menjerumus ke arah kehidupan karbon neutral.

Elizabeth yang bekerja sebagai perunding dalam mengurangkan impak plastik di laut ke atas kehidupan marin telah mengambil langkah untuk memasang solar di atas bumbung rumahnya di Washington.

Elizabeth dan suaminya telah menganggarkan bahawa 80% keperluan tenaga dengan keseimbangan yang didapati daripada tenaga angin yang dibelinya pada harga yang agak tinggi daripada sebuah syarikat elektrik.

“Kedua-dua kerjaya kami berkisar dengan bumi kita so ia sangat bersangkut paut dengan kehidupan kami tetapi saya tidak mahu mengatakan bahawa saya orangnya sempurna,” kata Elizabeth seraya mengatakan dia cuba mengurangkan kapal terbang dalam bertugas.

Tentang menjadi vegetarian, dia menyatakan dirinya sangat menggemari keju oleh itu dia menyifatkan dirinya vegetarian dan bukannya vegan. Walau bagaimanapun mereka mendapatkan hasil tenusu mereka daripada ladang berdekatan rumah yang menggunakan gelas guna semula yang bersih dan memulangkan semula setelah itu.

 

Persoalannya sekarang ialah bagaimana tindakan beberapa individu ini dalam mengubah gaya hidup mereka boleh memberi impak kepada alama sekitar?

Kalmus telah menulis sebuah buku tentang pengalamannya dan mengatakan sememangnya perubahan budaya yang sangat drastis perlu dilakukan untuk mencapai tahap persekitaran yang lebih baik.

Namun salah satu langkah yang terbaik boleh dilakukan oleh setiap orang ialah untuk menyumbangkan suara dan tindakan tentang langkah mereka untuk memperbaiki alam sekitar.

Jadi apabila anda mahu bersuara, kelakuan anda menyokong kata-kata tersebut dan ini boleh memberi impak yang lebih jelas kepada orang ramai.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button