Gaya HidupIbu dan Anak

Perpustakaan Mainan Kanak-kanak Ini Perlu Ada Di Setiap Kawasan Perumahan!

Perpustakaan selalunya diisi dengan buku-buku tetapi lain pula dengan sebuah perpustakaan komuniti yang diadakan di Apartment Idaman, Damansara Damai. Ia merupakan perpustakaan komuniti pertama wujud di kawasan tersebut dan dipenuhi dengan mainan untuk kanak-kanak.

Penghuni pangsapuri ini telah berkerjasama dengan Toy Libraries Malaysia dan juga beberapa pemberi sumbangan untuk membina perpustakaan yang boleh memberi kebaikan kepada 2,468 rumah kos rendah di kawasan tersebut.

Sumber Imej: TheStar

Kejayaan Projek Perpustakaan Mainan

Sesi bercerita di Toy Libraries Malaysia. Sumber Imej: TheStar

Bagi membuat projek ini berjaya, 22 suri rumah di dalam kominiti ini diberikan latihan di bawah Kursus Asuhan Permata Taska Rumah untuk bantu menjana minda kanak-kanak di bawah umur 12 tahun melalui permainan.

Perpustakaan ini juga dijadikan landasan bagi suri rumah untuk bantu menjaga anak jiran mereka dengan mengadakan aktiviti yang lebih menarik.

Menurut Datin P.H. Wong, Ketua Penganjur Toy Libraries Malaysia, daripada 30 suri rumah yang mengikuti kursus ini, 25 merupakan pengasuh kepada anak-anak jiran mereka untuk menjana sedikit pendapatan bagi diri sendiri.

Mereka akan membawa anak mereka dan juga anak asuhan untuk ke perpustakaan mainan ini bagi mengikuti aktiviti mengasah minda melalui permainan di situ.

Melalui kerjasama penduduk di situ, mereka juga telah memenangi juara dan naib juara dalam pertandingan persatuan penduduk tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Aktiviti Menarik Di Perpustakaan Mainan

Di perpustakaan mainan ini, kanak-kanak diajar untuk melukis, membuat mainan menggunakan sisa terpakai, membuat playdough menggunakan tepung dan juga mainan menggunakan matematik.

Selain itu, ibu anak-anak ini juga diberi latihan dalam aspek nutrisi, kebersihan, kewangan dan pengurusan.

“Dari pengalaman saya, permainan boleh menjadi pemecah benteng sesama kanak-kanak dan juga dewasa,” kata Datin Wong kepada TheStar.

Mainan mempunyai kuasa luar biasa yang bantu membina perhubungan dan kerpercayaan. Ia mampu menambat kanak-kanak tidak kira latar belakang mereka.

Disebabkan ruang rumah di pangsapuri selalunya terhad, dengan adanya perpustakaan mainan ini ia juga dapat membantu menjamin keselamatan kanak-kanak daripada perkara yang tidak baik mahupun musibah kemalangan bermain di jalanan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button