MalaysiaPolitik

PRK Tanjung Piai: Satu Pertempuran Dramatik

Pilihan raya kecil Tanjung Piai telah digambarkan sebagai pilihan raya yang “dramatik” dan Pakatan Harapan tidak boleh memandang rendah kepada pihak pembangkang.

Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Johor Datuk Salahuddin Ayob mengakui bahawa ia akan menjadi tugas berat bagi gabungan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata PRK itu akan menjadi medan pertama untuk melihat bagaimana reaksi rakyat terhadap kerjasama antara PAS dan Umno, dan sama ada MCA dapat memenangi sokongan di kalangan orang Cina.

Sahahuddin berkata ia juga menjadi landasan ujian untuk Pakatan untuk melihat bagaimana pengundi menerima mereka selepas berkuasa selama satu tahun tujuh bulan.

“Kami (Pakatan Harapan) akan mengambil jalan tengah, kami akan besederhana dan menerangkan kepada rakyat apa yang telah kami lakukan,” kata Salahuddin yang berasal dari Tanjung Piai pada sidang akhbar.

Beliau menjelaskan bahawa kerana Tanjung Piai adalah kerusi campuran, sokongan dari satu bangsa sahaja tidak mencukupi.

Salahuddin, yang juga timbalan presiden Parti Amanah Negara, berharap calon tempatan akan diletakkan di kerusi tersebut.

“Sama ada lelaki atau wanita, muda atau tua, selagi ia adalah orang tempatan yang diterima oleh semua masyarakat, itu sudah memadai bagi saya,” tambah Salahuddin.

Ditanya siapa calon itu, beliau berkata ia akan diputuskan oleh majlis presiden Pakatan dan Tanjung Piai adalah kerusi Parti Pribumi Bersatu.

Kerusi itu menjadi kosong berikutan kematian anggota parlimen, Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada Sabtu (21 September). Dr Farid yang berusia 42 tahun itu meninggal dunia di Hospital Pontian akibat serangan jantung.

Dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Dr Farid yang merupakan naib ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tanjung Piai, merampas kerusi MCA dengan majoriti 524 undi dan mengalahkan Datuk Seri Wee Jeck Seng.

Ini akan menjadi pilihan raya kecil ke-14 Johor sejak kemerdekaan. Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 1 Oktober untuk membincangkan tarikh pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai, lapor The Star.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata mereka telah diberitahu secara rasmi oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkenaan kerusi kosong itu.

“Mesyuarat khas akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun, dan ia akan menetapkan tarikh untuk writ pemilihan, hari penamaan calon dan hari pengundian serta membuat keputusan tentang daftar pemilih yang akan digunakan dan persediaan lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button