Isu SemasaTempatan

HOC Tawar Kediaman Bawah RM300,000 Bagi Golongan B40 Dan M40

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membuat tawaran kepada golongan B40 dan M40 yang masih belum memiliki rumah untuk membelinya menerusi Kempen Pemilikan Rumah Mampu Milik (HOC).

Menterinya, Zuraida Kamaruddin menyatakan bahawa Wakil-wakil dari institusi kewangan juga akan terlibat dengan kempen itu bagi menguruskan permohonan pinjaman yang merupakan satu perkara yang sering menjadi masalah kepada mereka yang berhasrat membeli kediaman.

“KPKT sedang berusaha mencari jalan bagaimana (cara) untuk membolehkan golongan B40 dan M40 ini mendapat laluan yang mudah, supaya dapat dipertimbangkan bank untuk membiayai pinjaman perumahan mereka.

“Semua sudah maklum bahawa isunya sekarang adalah berkaitan kemudahan mereka mendapatkan pinjaman dari bank”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pra-Pelancaran HOC: Affordable Homes pada Isnin.

HOC memfokuskan penjualan kediaman di bawah harga RM300,000 khusus untuk golongan B40 dan M40 akan berlangsung selama tiga hari dari 4 sehingga 6 Oktober 2019 di NU Sentral, Kuala Lumpur.

Ia juga menjadi platform untuk memperkukuh, menyelaraskan pelaksanaan strategi dan pelan tindakan bagi menangani isu-isu pemilikan rumah.

Sementara itu, Zuraida menzahirkan keyakinan bahawa 80% atau RM1.6 bilion daripada jumlah keseluruhan rumah bernilai RM2 bilion yang ditawarkan menerusi kempen HOC akan terjual.

“Kami akan mempamerkan 10,500 (unit rumah) di kempen itu. Saya rasa kita mampu mencapai sekurang-kurangnya 80%…(bernilai) RM1.6 bilion,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 42 petak ruang pameran terlibat dalam kempen itu yang meliputi pavilion agensi kerajaan, pemaju perumahan swasta dan institusi kewangan serta khidmat nasihat.

Sumber: The Sun Daily – Bernama

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button