Sukan

Cristiano Ronaldo Lepak Di Rumah Semasa Messi Menerima Anugerah FIFA

Messi dan Rapione memenangi anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Sumber Imej: fifa.com

Ketika semua orang unggul di arena bola sepak berkumpul di Milan untuk menghadiri majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Cristiano Ronaldo lebih memilih untuk berehat di rumah walaupun tercalon sebagai anugerah Pemain Tahunan Terbaik FIFA.

Seperti telah menduga dirinya tidak akan memenangi anugerah tersebut, anugerah itu dimenangi oleh Lionel Messi buat kali keenam.

Gambar yang dikongsi oleh Ronaldo di akaun media sosialnya dilihat sedang membaca buku sambil berehat disertakan dengan tulisan kesabaran dan kegigihan adalah dua karekter yang membezakan profesional dengan amatur.

“Semua yang besar hari ini bermula daripada kecil. Anda tidak boleh buat apa-apa namun melakukan segala-galanya anda boleh menjadikan impian anda menjadi kenyataan dan ingat, selepas malam pastinya subuh akan datang,” kata Ronaldo.

Pada masa yang sama, kemenangan penyerang Barcelona, Lionel Messi juga telah mencipta kejutan selepas pertahanan Liverpool, Van Dijk yang memenangi anugerah Pemain Terbaik UEFA pada bulan lalu dan membantu The Reds menjuara Liga Juara-Juara, disebut-sebut sebagai pemenang.

Messi dan Van Dijk kini menjadi dua calon utama untuk memenangi Ballon d’Or yang akan diketahui pada 2 Disember ini.

Pada malam itu juga, Megan Rapinoe memenangi bagi kategori wanita sekali gus membolehkan dia mencipta sejarah sebagai ikon Piala Dunia Amerika Syarikat (AS).

Rapione menewaskan rakan sepasukannya, Alex Morgan dan pemain England, Lucy Bronze untuk memenangi gelaran wanita .

Pemain berusia 34 tahun itu memenangi Kasut Emas selepas muncul penjaring terbanyak dan Bola Emas apabila muncul pemain terbaik pada Piala Dunia dan turut meraih populariti berhubung pandangannya terhadap Presiden AS, Donald Trump.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button