AntarabangsaIsu Semasa

150 Penduduk Hong Kong Akan Dipilih Hadiri Sesi Dialog ‘Lepas Geram’ Terhadap Kerajaan

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam pada Selasa menyatakan bahawa lebih daripada 20,000 orang telah memohon untuk mengambil bahagian dalam satu sesi dialog bersama beliau dan akan ‘lepas geram’ selepas tiga bulan protes pro-demokrasi besar-besaran diadakan.

Dialog ini merupakan cubaan pertama kerajaan untuk berinteraksi dengan penunjuk perasaan sejak jutaan penduduk turun ke jalanan bagi mencabar pemerintahan China ke atas bandar berautonomi itu sejak penyerahannya oleh Britain pada tahun 1997.

Lam berkata, perjumpaan yang akan diadakan ada Khamis itu akan menjadi peluang bagi orang ramai untuk suara mereka didengari, namun sesetengah penunjuk perasaan tidak berminat menghadiri sesi tersebut kerana tuntutan mereka sudah jelas.

“Kami telah berjanji bahawa peserta daripada pelbagai latar belakang, dengan pendirian politik yang berbeza boleh menyuarakan pandangan mereka secara bebas, malah melepaskan geram,” ujar beliau.

Walaupun ribuan peserta telah membuat permohonan, hanya 150 orang sahaja yang akan dipilih secara rawak untuk menghadiri sesi selama dua jam itu bersama Lam.

Dalam pada itu, barang-barang seperti payung, helmet, dan topeng gas tidak dibenarkan untuk dibawa ke dialog berkenaan.

“Saya berharap agar dialog komuniti ini boleh dilaksanakan secara aman, rasional, dan tenang,” tambah Lam.

Hong Kong kini sudah memasuki minggu ke-17 pergolakan politik yang menyaksikan ratusan protes, di mana sesetengah daripadanya membabitkan pertembungan ganas di antara polis dan penunjuk perasaan.

Difahamkan, lebih daripada 1,500 individu telah ditahan, dan yang termuda adalah remaja berusia 12 tahun.

“Di sini saya menggesa ibu bapa, guru, dan guru besar untuk memberitahu kanak-kanak bahawa masalah politik tidak semudah yang disangka,” katanya.

Sumber: The Sun Daily – AFP

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button