AntarabangsaIsu Semasa

Serangan Fasiliti Minyak Arab Saudi – Apa Kesannya Kepada Pengguna Seluruh Dunia?

Serangan dron ke atas fasiliti minyak Aramco di Arab Saudi pada 14 September lalu telah menyebabkan gangguan bekalan minyak yang terbesar dalam tempoh 50 tahun.

Apakah kesan serangan ini kepada pengguna?

PENINGKATAN HARGA PRODUK MINYAK

Pengguna di seluruh dunia dijangka akan menyaksikan peningkatan harga barangan daripada gasolin dan diesel kepada minyak pemanasan rumah dan tambang penerbangan, kerana serangan tersebut menyebabkan lonjakan harga minyak dunia.

Berikutan peningkatan kos pengangkutan, ini bermakna bahawa penghantaran barangan lain, seperti barang runcit, juga mungkin akan meningkat pada bulan-bulan yang akan datang.

BAGAIMANA HARGA RUNCIT MINYAK MENENTUKAN HARGA DIESEL DAN GASOLIN?

Minyak mentah disempurnakan menjadi bahan api termasuk gasolin dan diesel. Apabila harga minyak mentah meningkat, kos bahan api akan turut meningkat.

Faktor-faktor lain juga penting dalam menentukan harga runcit, seperti cukai dan peraturan standard bahan bakar tempatan.

Namun, minyak mentah adalah faktor yang terbesar.

“Minyak mentah adalah 50% daripada harga runcit (Amerika Syarikat), jadi apabila harga minyak mentah meningkat, begitu juga harga runcitnya,” kata jurucakap Persatuan Automobil Amerika, Jeanette Casselano.

MENGAPA ARAB SAUDI AMAT PENTING DALAM PERKARA INI?

Arab Saudi merupakan pengeksport minyak mentah yang terbesar di dunia dan juga menjadi salah satu pengeluar utama.

Serangan ke atas fasiliti minyaknya telah menjejaskan separuh daripada hasil pengeluarannya – iaitu 5.7 juta tong sehari (bpd), atau bersamaan 5% daripada bekalan minyak global.

Arab Saudi juga merupakan pemegang hampir semua kapasiti gantian minyak di dunia. Jadi gangguan bekalan yang besar akan memberi kesan terhadap bekalan minyak dan harga, lebih daripada impak sekiranya Arab Saudi masih mempunyai kapasiti tambahan.

Sebelum insiden serangan, Arab Saudi menghantar tujuh juta minyak di seluruh dunia setiap hari, kebanyakannya adalah kepada pembeli-pembeli Asia.

BILA HARGA AKAN MENINGKAT?

Tidak lama lagi. Harga di stesen minyak bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan dalam pasaran niaga hadapan, yang telah meningkat dengan mendadak pada 16 September berikutan serangan itu.

Di Amerika Syarikat (AS), harga gasolin dikatakan meningkat seawal minggu lepas dan harga boleh melonjak naik sebanyak AS$0.25 (RM1.04) pada bulan ini.

BAGAIMANA LONJAKAN HARGA MINYAK TINGKATKAN KOS-KOS LAIN?

Harga minyak, terutamanya diesel yang menguasakan enjin kenderaan-kenderaan lebih berat seperti trak, dijangka akan meningkat.

Situasi ini sekali gus akan memberi kesan terhadap kos pengangkutan bagi syarikat-syarikat untuk menghantar produk dari kilang dan ladang.

Industri-industri pengeluaran yang memerlukan bekalan tenaga tinggi seperti pengeluaran automotif dan kimia juga boleh mengalihkan kos sekiranya perbelanjaan mereka meningkat.

Justeru, harga barangan di kedai runcit seperti produk-produk segar, mungkin akan meningkat memandangkan ia dihantar dari negara lain.

Bergantung kepada berapa lama eksport Arab Saudi terjejas, harga tambang penerbangan juga mungkin akan meningkat kerana premium harga bahan api jet untuk pesawat, menurut Phil Flynn, seorang penganalisis di Price Futures Group di Chicago.

Harga minyak pemanasan rumah turut dijangka akan naik, susulan peningkatan permintaannya di AS dan Eropah menjelang musim sejuk.

MENGAPA HARGA DIJANGKA MENINGKAT? ADAKAH MINYAK SIMPANAN DI DUNIA SUDAH TIADA?

Minyak simpanan masih ada. Anggota-anggota International Energy Administration yang berpangkalan di Paris perlu menyediakanbekalan minyak mentah dan/atau produk-produk import bagi tempoh 90 hari bagi situasi seperti ini.

AS berkata bahawa ia boleh menggunakan rizab petroleumnya jika perlu, dan Arab Saudi juga mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung eksportnya bagi tempoh tertentu.

Walau bagaimanapun, pasaran-pasaran global masih lagi terjejas kerana ia tidak jelas berapa lama masa yang akan diambil oleh Arab Saudi untuk memperbaiki kerosakan dan menyambung semula eksport.

Sumber: Reuters

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button