AntarabangsaGaya HidupIsu Semasa

Menanam 200 Pokok Menggantikan ‘Birthday Party’. Boleh Ke Kita Melakukan Hal Yang Sama?

Dunia semakin panas, semakin sesak, semakin menumpuk sampah sarap. Akan tetapi belum apa-apa tindakan yang berimpak yang dilakukan oleh sebahagian besar daripada kita, penghuni bumi.

Di belahan dunia yang lain, seorang gadis berusia 15 tahun sanggup untuk melakukan mogok mingguan untuk memberi kesedaran tentang perubahan cuaca yang dialami.

Gadis yang tinggal di Uganda ini juga mengambil langkah yang mungkin tidak ramai orang seumurnya akan lakukan iaitu menanam 200 pokok sempena ulang tahun kelahirannya bagi menggantikan sambutan harijadi tersebut.

Sumber Imej: akaun twitter @NamugerwaLeah

Leah Namugerwa berkongsi dengan AFP bahawa dia terinspirasi untuk memulakan bantahan serta lantang bersuara tentang menyelamatkan bumi daripada aktivis alam sekitar Sweden, Greta Thurnberg.

“Jika orang tua tidak mahu mengambil langkah memimpin, saya dan rakan yang lain akan memimpin mereka. Mengapa saya harus melihat ketidak adilan ke atas alam sekitar berlaku di depan mata saya?,” persoal Namugerwa semasa memberikan ucapan tentang darurat alam sekitar di ibu negara Rwanda, Kigali.

Ucapan tersebut mendapat tepukan gemuruh sehingga para hadirin bangun dari tempat duduk mereka.

Leah yang terinspirasi untuk melakukan mogok setiap minggu pada hari bersekolah itu berjalan setelah menyedari pihak kerajaan tidak melakukan sebarang “tindakan” terhadap isu alam sekitar dan mendapati bahawa langkah Thunberg untuk duduk di hadapan Parlimen Sweden telah menyebabkan gerakan belia global.

Greta Thurnberg di hadapan Parlimen Sweden dengan kad bantahan tentang alam sekitar. Sumber Imej: independant.co.uk

Leah kini menjadi salah seorang daripada aktivis yang menjalankan ‘Fridays for Future’ sehingga berjaya mendapat anugerah tertinggi daripada Amnesty International untuk kerja hak asasi manusia.

Leah telah memimpin sebuah kempen untuk mendesak Kampala (daerah tempat tingalnya) mengadakan undang-undang membanteras beg plastik yang sedang menumpuk dinegaranya.

Leah bersama rakan sebayanya berjalan menunjukkan protes alam sekitar. Sumber Imej: earthday.org

Leah juga bersuara tentang penerokaan hutan yang berleluasa sehingga menyebabkan kemarau berpanjangan dan banjir sehingga perubahan cuaca dunia berlaku.

“Apa yang menyebabkan saya menjadi prihatin dan melakukan kempen ini ialah kerana perubahan cuaca mengubah kehidupan kita, kita mengalami suhu yang melampau tidak seperti biasa, banjir, serta penyakit yang semakin cepat tersebar,” katanya.

Dia juga menggalakkan anak muda seperti dirinya untuk berani bersuara kerana baginya jika bukan mereka yang bersuara, tiada siapa akan menjamin masa depan mereka.

“Pemimpin yang ada sekarang bakal pergi tetapi kami yang harus menanggung keperitan akibat tindakan yang tidak betul terhadap alam,” jelas Leah.

Pertama kali Leah telah melakukan protes tentang tindakan harus dilakukan terhadap perubahan alam sekitar yang dialami ialah pada Jumaat bulan Februari tahun ini.

Antara protes jalanan yang diadakan oleh Leah di Kampala. Sumber Imej: akaun twitter @NamugerwaLeah

“Saya merasakan saya sedang melakukan perkara yang betul dan berada pada landasan yang betul tetapi kebanyakan orang termasuk di kalangan saudara-mara saya melihat saya sebagai seorang yang pelik. Mereka akan memandang serong terhadap saya sambil menggelengkan kepala – tidak percaya dengan tindakan saya yang memegang spanduk.”

“Terdapat juga orang yang mengkritik saya kerana bagi mereka untuk umur saya dan pada hari Jumaat, saya seharusnya berada di dalam bilik darjah dan bukannya di jalanan dan melakukan bantahan. Namun apa yang baik ialah ibubapa saya telah menyokong tindakan saya. Mereka memberi galakkan kepada saya.”

Bagi Leah, isu tentang perubahan cuaca tidak mendapat keutamaan yang sepatutnya tetapi perdebatan tentang ini semakin mendapat tempat menerusi kempen kami,” luah Leah.

Seorang lagi remaja seperti Leah yang telah mengikuti langkahnya untuk melakukan bantahan ialah Jerome Mukasa, 15 tahun.

Jerome berkata Leah telah membuka mata anak muda di Uganda tentang krisis alam sekitar di negara tersebut.

Menurutnya, sebelum ini mesej tentang alam sekitar tidak begitu jelas dan Leah telah bantu meringkas dan mempermudahkan pemahaman untuk memberitahu bahawa ia benar-benar sedang berlaku dan ia akan memudaratkan keadaan kami semua.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button