SukanTeknologi

League of Champions & League of Valkyrie Tawar Hadiah Sehingga RM370,000

Lenovo dan Intel sekali lagi bekerjasama menganjurkan kejohanan e-sukan Legion of Champions (LoC) buat kali keempat.

LoC merupakan pertandingan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) yang terbuka kepada negara-negara di rantau Asia Pasifik termasuk Australia dan New Zealand yang dimasukkan buat kali pertama.

Turut diperkenalkan Legion of Valkyries (LoV), pertandingan pertama keseluruhan khas untuk pemain wanita sahaja.

LoV mempertandingkan permainan Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) dan ia hanya terbuka kepada pasukan wanita amatur dan profesional.

Kelayakkan permulaan untuk kedua-dua LoC dan LoV akan diadakan secara online melalui portal e-sukan Lenovo, Rise of Legion.

Pasukan-pasukan yang mara ke pentas kumpulan tempatan akan bertarung merentasi semua pasaran (Market).

Kemudian, empat pasukan teratas dari LoV bersama-sama pasukan wanita LoC akan mara ke Grand Finals yang bertempat di Pantip Mall, Bangkok pada 12 hingga 14 Disember 2019.

Pasukan tempatan dan pasukan Grand Final akan bertarung bagi merebut hadiah wang terkumpul berjumlah RM370,000 (USD$89,100).

Pemenang untuk kategori PUBG juga bakal menerima hadiah peranti Legion berjumlah RM16,792 (USD$4,000) dan RM41,981 (USD$10,000) manakala pemenang untuk CS:GO bakal membawa pulang hadiah peranti Legion bernilai RM20,990 (USD$4,000) dan RM52,476 (USD$12,500).

Bagi mereka yang berminat, ikuti langkah ini untuk menyertai LoC atau LoV:

sumber: mygameon.my

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button