Isu SemasaTempatan

RM1Juta Dilaburkan Untuk Mesin Kompos Sisa Makanan Di Sunway City

Baru-baru ini Sunway Pyramid telah melancarkan kempen membasmi pembaziran makanan.

Kempen yang diberi nama ‘Food CPR‘ iaitu compost, plant, reduce – kompos, tanam, kurangkan ini yang diharapkan dapat mengurangkan 879 ton sisa makanan untuk dilupuskan di tempat pembuangan sampah.

Sejajar dengan dasar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), Food CPR juga diharapkan boleh mengurangkan isu pembaziran makanan di Malaysia.

Di Sunway Pyramid Sahaja Terdapat 2.4 ton Sisa Makanan Setiap Hari

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Membeli-belah Sunway dan Taman Tema, HC Chan, di Sunway Pyramid sahaja mereka mengumpul sebanyak 2.4 ton sisa makanan setiap hari yang dijumlahkan 829 ton setiap tahun.

Sebuah kajian di Malaysia turut menyatakan bahawa Malaysia menyumbang kepada 16,000 ton sisa makanan setiap hari di mana ianya cukup untuk memberi makanan kepada 12 juta orang setiap hari.

Sisa makanan ini meningkat sebanyak 20% semasa musim perayaan. Disebabkan perkara ini juga Sunway Bhd mengambil inisiatif untuk mengadakan mesin kompos sisa makanan yang tetap di Sunway City KL.

Buat masa ini, Sunway Pyramid telah bekerjasama dengan pelbagai restoran di pusat membeli-belah itu untuk bersama-sama menjayakan kempen membasmi pembaziran makanan ini.

Antaranya ialah KFC, Boost Juice Bar, Gong Cha, Secret Recipe, Sushi King dan Auntie Anne’s.

 

RM1 Juta Dilaburkan Untuk Mesin Kompos Sisa Makanan

“Kami telah melabur hampir RM1 juta untuk membangunkan mesin kompos sisa makanan ini. Perkara ini kami anggap pelaburan kecil kami untuk masa depan.

Kompos yang dihasilkan oleh mesin ini boleh diambil oleh orang awam semasa mana-mana majlis dijalankan ataupun mereka boleh mendapatkannya di B1 pusat membeli-belah ini,” kata Chan.

Kompos yang dihasilkan oleh mesin ini dikatakan boleh digunakan setelah dua minggu dicampur bersama tanah di taman untuk menanam pokok.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Real Estate Investment Trust (REIT), Datuk Jeffry Ng berkata mesin kompos yang direka oleh Mentari Alam EKO (M) Sdn Bhd (MAEKO) ini akan diberi pendedahan semasa Persidangan Solusi PBB di New York minggu hadapan.

 

Malaysia Berdepan Dengan Sisa Makanan 16 Bangunan KLCC

Menurut kajian MAEKO, sisa makanan di Malaysia jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan jumlahnya meningkat cukup untuk mengisi 16 bangunan KLCC.

Malah kajian mereka juga mendapati sisa makanan ini juga telah menyumbang ke atas pemanasan global yang mengancam nyawa bumi kita.

Bagi yang berminat untuk melihat dan melibatkan diri di dalam kempen ini, ia akan berlangsung di LG12 Central Avenue Sunway Pyramid sehingga 6 Oktober 2019.

Pengunjung juga boleh mengikuti bengkel tanaman dalam pasu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button