Ibu dan AnakIsu Semasa

Mengapa Sesetengah Sekolah Ditutup Walaupun Bacaan IPU Belum Cecah 200?

Ibubapa mungkin sudah tahu bahawa jika bacaan IPU iaitu Indeks Pencemaran Udara mencapai atau melebihi 200, sekolah anak-anak akan ditutup. Pekeliling berhubungan dengan perkara ini pun telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah sekolah yang tidak ditutup walaupun bacaan IPU hampir mencecah 200. Ini adalah kerana Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melihat trend dan jangkaan IPU pada sesuatu kawasan tersebut sama ada ia akan meningkat ataupun menurun.

Jika ia meningkat walaupun pada hari tersebut belum mencecah IPU 200, JPN selalunya akan lebih cenderung untuk menutup sekolah tersebut untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Oleh sebab itu ibu bapa dinasihatkan untuk mendapatkan perkembangan terkini melalui media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat yang sahih.

Bagaimana bacaan IPU dikira?

Bacaan IPU di Malaysia dikira dengan melihat kadar kepekatan 10 mikron(PM10) partikel di udara termasuk ozon (O3), karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (NO2) and sulfur dioksida (SO2). Tahap kandungan inilah yang diambil untuk perkiraan IPU.

Bagi melihat bacaan IPU yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, anda boleh menyemaknya di portal ini. Bacaan yang dipaparkan ialah berdasarkan setiap jam.

Apakah maksud bacaan IPU?

Mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM, berikut ialah tindakan yang akan dijalankan jika bacaan IPU itu mencecah sesuatu had.

IPU melebihi 100 – pihak sekolah harus menghentikan SEMUA aktiviti luar bilik darjah.
IPU melebihi 200 – semua sekolah di kawasan atau daerah tersebut ditutup serta merta
IPU melebihi 500 – guru dan kakitangan tidak perlu hadir ke sekolah

Namun begitu, jika ibubapa bimbang dengan kesihatan anak mereka, pekeliling KPM mengatakan bahawa ibubapa dibenarkan tidak menghantar anak ke sekolah dan pihak sekolah hendaklah dimaklumkan akan hal ini. Namun jika peperiksaan sudah pun dijadualkan, peperiksaan tersebut hendaklah diteruskan.

Tips Untuk Ibubapa Elak Anak Jatuh Sakit Akibat Jerebu

KBS Benarkan Kakitangannya Kerja Dari Rumah

Mungkin ada juga yang bertanyakan nasib yang bekerja bukan?

Bagi warga yang bekerja di  Kementerian Belia & Sukan (KBS), menerusi surat rasmi yang dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membenarkan pihaknya melaksanakan polisi ‘Bekerja Dari Rumah’ dalam tempoh jerebu yang semakin teruk dan melebihi aras IPU 200.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, polisi ini dilaksankana bagi memastikan kualiti hidup warga KBS terus terbela. Polisi ini juga selaras dengan arahan penutupan sekolah-sekolah di kawasan yang terlibat.

Malah KBS percaya langkah ini adalah satu keperluan dan percaya polisi ini boleh diseragamkan di semua kementerian dan agensi kerajaan yang lain.

Walau apapun, diharapkan keadaan kualiti udara kita semakin cepat membaik.

Bagi ada yang perlu menaiki motor atau bekerja di luar, cuba dapatkan penutup mulut N95 yang mampu menapis partikel berbahaya. Tetapi penutup mulut N95 ini tidak direka untuk kanak-kanak oleh sebab itu kanak-kanak lebih disarankan untuk tidak keluar daripada rumah pada saat jerebu yang teruk ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button