Gaya HidupKecantikan

Selamatkan Kulit Anda Daripada Jerebu Dengan 5 Cara Ini

Kebakaran hutan di Indonesia menyebarkan asap jerebu rentas sempadan sehingga ke Malaysia dan Singapura. Masalah ini muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan penduduk berasa bimbang tentang bagaimana untuk melindungi diri mereka daripada kesan buruk persekitaran yang tercemar.

Salah satu masalah yang dihadapi adalah jerawat, jeragat dan cela. Apabila udara tercemar, zarah kecil yang tergantung di udara boleh menyumbat liang-liang pori. Ini menyebabkan jerawat atau jangkitan bakteria pada muka dan kulit. Jerawat dan cela juga mungkin akan kelihatan jika kulit terus terdedah.

Oleh itu, penting untuk mengamalkan rutin penjagaan kulit untuk menjaga kesihatan kulit. Berikut adalah 5 petua untuk melindungi kulit ketika musim jerebu.

1. Bersihkan Kulit Dengan Rapi

Jerebu akibat kebakaran hutan mengandungi zarah debu yang terapung di udara. Adalah penting untuk membersihkan wajah anda setiap petang apabila anda pulang ke rumah untuk menghilangkan kotoran, debu, dan pencemar dari kulit anda. Seeloknya, pilih pembersih yang tidak merengsa dan lembut.

2. Sentiasa Lembapkan Kulit

Sentiasa lembapkan kulit anda untuk mengelakkan kekeringan. Pilih pelembap berkesan yang sesuai untuk jenis kulit anda. Pelembab memujudkan banteng pelindung di antara kulit anda dan kotoran alam sekitar yang berbahaya.

3. Tinggalkan Rutin Skrub

Sesetengah skrub boleh mengeluarkan minyak pati semulajadi kulit yang melindunginya dari bahan pencemar alam sekitar. Skrub juga boleh menyebabkan kekeringan kulit, menjadikannya lebih sensitif terhadap perengsa dari alam sekitar seperti yang tergantung di udara semasa musim jerebu. Sebaliknya, anda boleh menggunakan pembersih lembut atau pembersih muka buatan sendiri untuk membersihkan kulit.

4. Makan Dengan Betul

Mengekalkan kebiasaan makan yang baik boleh membantu melindungi kulit daripada perengsa berbahaya dari alam sekitar dan sinar ultraviolet matahari. Pilih makanan yang kaya dengan antioksidan yang terdapat dari Vitamin C dan Vitamin E.

5. Gunakan Pelindung Matahari

Asap Jerebu boleh menangkap sinar ultraviolet dari matahari. Ini boleh menghasilkan radikal bebas yang boleh mengakibatkan kerosakan kulit. Untuk melindungi kulit daripada unsur-unsur dan bahan pencemar yang berbahaya, gunakan pelindung matahari dan serum yang mengandungi bahan-bahan kaya dengan antioksidan. Ini akan membantu melindungi kulit dari kerosakan.

Secara kesimpulannya, amat penting untuk anda sentiasa membersihkan wajah sebelum tidur untuk menyingkirkan kotoran dan liang tersumbat. Jika anda tidak membersihkan wajah, kemungkinannya, wajah anda akan berakhir dengan serangan jerawat. Ini adalah jangkitan pada kulit yang sukar untuk dirawat.

Petua ini boleh membantu melindungi dan menyuburkan kulit anda semasa musim jerebu. Adalah penting untuk memastikan muka bersih untuk mengelakkan liang tersumbat yang boleh bertukar kepada jerawat.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button