Sukan

Wow! Dua Jaguh Tinju Akan Kembali Bertarung

Bagi peminat sukan tinju pasti akan teruja dengan pertarungan yang satu ini. Bintang tinju Amerika Syarikat dengan bintang Asia Tenggara, Manny Pacquiao akan berseteru di dalam satu kandang untuk para peminat.

Floyd Mayweather telah mengumumkan pertarungan semula tersebut menerusi sebuah klip yang dimuatnaik di akaun instagram miliknya baru-baru ini.

Ia seperti menyahut cabaran Pacquiao yang pada bulan Julai lalu telah mencabar Mayweather untuk mengadakan ‘rematch’ (pertarungan ulangan) dengannya jika mahu terus relevan.

“Saya Floyd ‘Money’ Mayweather. Apa yang saya sedang usahakan sekarang ialah (pertarungan) pertunjukan Mayweather vs Pacquiao di sini, Tokyo, Jepun. Nantikan,” katanya dalam klip tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Mayweather vs. Pacquiao exhibition Tokyo Japan coming soon Betrnk.com #TMT Japan

A post shared by Floyd Mayweather (@floydmayweather) on

Selain itu, dia turut memuat naik kapsyen yang bertulis, “Pertunjukan Mayweather vs Pacquiao, Tokyo, Jepun.. akan datang.”

Namun begitu, tarikh dan masa perlawanan tersebut belum ditentukan kerana dipercayai masih dalam perancangan.

Petinju legenda dari Filipina itu membidas kenyataan Mayweather yang dilihat mengkritik perjalanan kariernya.

Mayweather, 42 tahun menerusi laman Instagramnya pernah mendakwa karier dan legasi ‘PacMan’ telah dibina atas namanya, dan bukan dari Pacquiao sendiri.

Menurut astroawani, kedua-dua jaguh itu pernah bertembung pada Mei 2015, di mana pertarungan tersebut berakhir dengan kemenangan oleh Mayweather menerusi ‘unanimous decision’ (keputusan sebulat suara) selepas 12 pusingan.

Di lain acara, baju Dustin Poirier yang dipakai oleh Khabib Nurmagomedov selepas perlawanan di UFC 242 berjaya dijual dengan harga AS$100,000 (RM417,230).

Khabib pada minggu lalu mengekalkan takhta kejuaraan dunia lightweight UFC selepas menumpaskan Poirier selaku juara interim lightweight menerusi ‘submission’ pada minit 2:06 pusingan ketiga.

Selepas perlawanan, Khabib dan Poirier saling berpelukan sebagai tanda hormat, dan bertukar baju-t yang tertera nama masing-masing.

Jaguh dari Dagestan, Rusia itu kemudian berjanji akan membuat kebajikan dengan membantu menjual baju yang dipakainya itu dan hasil keuntungannya akan diserahkan kepada tabung amal Poirier.

Poirier, menerusi kenyataan di laman Twitternya hari ini mengesahkan bahawa juara lightweight UFC itu telah menunaikan janjinya untuk mendermakan hasil jualan baju tersebut.

Memetik laporan MMA Junkie, wang itu akan diberikan kepada The Good Fight Foundation, sebuah tabung amal yang ditubuhkan sendiri oleh Poirier bersama isterinya, Jolie.

Difahamkan, kutipan dana The Good Fight Foundation kali ini adalah bagi membantu membina perigi air di sekolah anak-anak yatim di Uganda.

Sasaran awal dana tersebut adalah AS$25,000 (RM104,300), namun kini jumlahnya sudah pun jauh melangkaui angka tersebut.

Sementara itu, The Good Fight Foundation menerusi akaun Twitter rasminya mengucapkan terima kasih kepada Khabib.

“Terima kasih Khabib atas sumbangan ikhlas anda kepada The Good Fight dan kerana menjadi lelaki yang berpegang kepada kata-katanya. Sumbangan anda dapat membantu ramai orang!” tulis tweet berkenaan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button