SukanTeknologi

Pasukan Malaysia Juara Street Fighters V Asia Invitational 2019

Pasukan dari Malaysia telah berjaya menjadi juara di dalam pertandingan Street Fighters V Asia Invitational 2019 baru-baru ini.

Ketiga-tiga pemain ini mencatat sejarah di dalam pertandingan melalui Street Fighters V: Arcade Edition yang diadakan di Tokyo Game Show 2019 minggu lalu.

IamChuan, Kenny Tail dan KOF Master berjaya menewaskan pasukan dari Hong Kong di pentas akhir tersebut dan sekaligus membawa pulang hadiah kememangan bernilai ¥1,000,000 (RM38,000).

 Saya (kami) tidak menjangkakan pasukan Malaysia mampu memenanginya (pertandingan). Saya gembira kami berjaya memenangi kejuaraaan ini. Terima kasih banyak-banyak!”

– KOF Master, wakil pasukan Malaysia.

Selepas pertandingan ini, pertandingan Street Fighter V Asia Premier pula akan berlangsung  di mana ia mengunakan format 1 lawan 1 berbanding Street Fighters V Asia Invitational 2019 yang menggunakan format 3 peserta di dalam satu pasukan. Hadiah keseluruhan juga lebih tinggi iaitu sebanyak ¥5,000,000 (RM190,000).

Di akhir pertandingan tersebut, wakil pasukan Malaysia kita diberi peluang berlawan dengan pemain terbaik dari pasukan Jepun seperti Daigo, Tokido dan John Takeuchi, namun kemenangan berpihak kepada pasukan Jepun.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button