AntarabangsaIsu Semasa

Indonesia Ikrar Untuk Dakwa Syarikat Yang Lakukan Pembakaran Haram

Kerajaan Indonesia berikrar untuk mengenakan dakwaan jenayah terhadap syarikat-syarikat yang bertangunggjawab melakukan pembakaran haram, berikutan keadaan jerebu yang bertambah buruk di rantau ini.

Pada hari Jumaat juga, pihak berkuasa telah menutup ladang yang dikendalikan oleh 29 syarikat, termasuk anak syarikat yang dimiliki oleh empat buah syarikat Malaysia, dan sebuah syarikat Indonesia milik sebuah kumpulan yang berpangkalan di Singapura.

Empat syarikat Malaysia tersebut adalah Sime Darby, IOI Corporation, Kuala Lumpur Kepong (KLK) and TDM, manakala Sampoerna Agro pula merupakan syarikat Indonesia tersebut.

Difahamkan, pihak berkuasa baru-baru ini juga telah menutup lebih banyak ladang yang dimiliki oleh 13 lagi syarikat.

Penutupan ini bermakna bahawa ladang-ladang itu tidak boleh beroperasi sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Di bawah undang-undang jenayah Indonesia, mahkamah boleh mengenakan hukuman, termasuk hukuman penjara ke atas eksekutif syarikat, selain daripada denda dan penyitaan keuntungan korporat, menurut Ketua Pengarah Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Rasio Ridho Sani dalam satu sidang media pada Sabtu.

“Kerajaan mempunyai komitmen serius untuk mendakwa (syarikat-syarikat itu). Kita akan mampu mengatasi (isu) kebakaran ini hanya jika kita boleh mengubah tingkah laku rakyat dan syarikat-syarikat ini, dan kita akan mengambil langkah tegas untuk melakukannya,” katanya.

Pada tahun 2015, sebahagian besar Indonesia dan rantau di sekitarnya telah dilanda jerebu teruk selama lebih sebulan.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu mengalami kerugian kira-kira AS$16.1 bilion (RM67 bilion).

Dalam pada itu, seramai 500,000 orang dilaporkan mengalami penyakit pernafasan.

Rasio berkata, kerajaan boleh mengarahkan syarikat-syarikat yang didakwa untuk membayar pampasan bagi kerosakan yang telah dilakukan dan mengenakan sekatan pentadbiran, termasuk membatalkan permit operasi.

Sementara itu, Malaysia berkata bahawa ia menyerahkan kepada Indonesia untuk menyiasat dan mendakwa syarikat-syarikat yang dituduh melakukan pembakaran berkenaan.

“Empat syarikat (Malaysia) itu, terpulang pada kerajaan Indonesia untuk menyiasatm” kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

“Kami percaya bahawa kerajaan Indonesia perlu melakukan apa yang perlu untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang terbukti melanggar undang-undang.

“Asean tidak mempunyai Akta Jerebu Rentas Sempadan. Ini bermakna bahawa penguatkuasaan mesti mengikut negara,” tambah beliau.

Sumber: Straits times

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button