Bisnes & Ekonomi

Kecewa Dengan Keli, Usahawan Ini Berjaya Membolot Pasaran Belut Tempatan

Apabila permintaan untuk ikan keli di pasaran semakin menurun, seorang penternak ikan tempatan, Zakaria Harun telah melakukan tindakan yang tepat dengan bertukar kepada menternak belut.

Zakaria yang pernah memiliki kerjaya dan industri minyak dan gas ini pernah mendapat permintaan sehingga 17 metrik ton sebulan untuk ikan keli tetapi pasaran untuk ikan tersebut telah merudum kerana harga.

Tidak menepikan ikan keli seratus peratus, Zakaria meneruskan produksi ikan keli tetapi hanya pada kadar 5 ton sebulan.

Walau bagaimanapun memandangkan dia telah melabur RM300,000 terhadap perniagaan ini, Zakaria telah memutuskan untuk cuba membela belut setelah mendapati bahawa terdapat permintaan pasaran di luar negara seperti Korea Selatan dan Jepun.

Belut ini bukan hanya sahaja digunakan untuk memenuhi pasaran makanan tetapi ia juga digunakan dalam sektor perubatan dan kosmetik.

Walaupun tidak memiliki latihan profesional dalam bidang akuakultur, Zakaria bereksperimen dalam masa 8 tahun yang akhirnya berjaya membiak belut komersial.

“Saya memiliki 121 kolam berukuran 3 kali 6 meter untuk ikan keli yang saya gunakan dalam kajian saya sendiri untuk menghasilkan stok pembiakan.

Saya beli sembilan pasang belut yang memiliki berat 6kg dengan harga RM132 pada tahun 2012 dan sejak 2016, saya telah menghasilkan 300kg belut untuk pasaran tempatan,” kata Zakaria yang berusia 65 tahun.

Dia yang menggunakan kaedah ‘cuba dan gagal’ untuk menternak belutnya ini juga mengkaji kualiti air, teknik pembiakan dan juga formulasi makanan yang kini telah mendapat sijil Halal oleh pihak Jakim.

Semua perkara yang dilakukan ini adalah untuk mendapatkan saiz belut yang baik serta rentan penyakit.

Menurutnya lagi, belut ini selalunya ditangkap di lumpur, kawasan sawah pagi dan kawasan paya tetapi jumlah yang didapati daripada kawasan-kawasan ini tidak dapat mencapai jumlah yang diinginkan oleh restoran.

Kini Zakaria boleh menjual belutnya pada harga RM25/kg untuk saiz belut 300 gm ke bawah dan RM30/kg bagi saiz di antara 300-500gm serta RM40/kg untuk 500gm hingga 700gm.

Kejayaannya dalam menternak belut telah menarik pelaburan daripada syarikat di Kuala Lumpur yang mahu bermula dengan 3,600 kolam dengan kemudahan pembiakan dengan kawasan berkeluasan 20ha di Sungai Tong yang dijangka akan siap pada tahun 2021.

Ia juga dijangka bakal menjadi pusat pelancongan yang menarik peminat pelancongan akua di Terengganu.

Selain daripada itu, pelbagai pihak universiti dan orang perseorangan juga berminat untuk mempelajari cara dia menternak belut yang kini berada di Kampung Kubang Puyu berdekatan Langkap.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button