AsiaPolitik

PH Perlu Laksanakan 4 Perkara Ini Untuk Tidak Tewas Kepada Pembangkang

Jika Pakatan Harapan mahu terus berkuasa dalam pilihan raya akan datang, mereka mesti menunjukkan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap isu-isu yang sedang berlaku.

Pertama, PH mesti menunjukkan bahawa mereka mahu memenangi pilihan raya akan datang. Untuk meyakinkan rakyat, mereka tidak boleh menggunakan alasan bahawa mereka masih mempunyai tiga setengah tahun untuk memperbaiki negara.

Agenda reformasi adalah sangat penting, tetapi akan memerlukan lebih daripada satu parlimen untuk dilaksanakan. PH tidak mempunyai banyak masa untuk menangani isu-isu ini dan mereka kini mula kehilangan sokongan dari rakyat.

Sekiranya kalah pada pilihan raya akan datang, kerajaan terdahulu akan bangkit dan tidak akan lagi membiarkan mereka dikalahkan. PH seharusnya memandang berat tentang risiko yang serius ini.

PH tidak seharusnya menafikan bahawa mereka sedang kehilangan sokongan rakyat. Perkara kedua yang perlu dilakukan adalah untuk mendapatkan semula sokongan itu. Bagaimana untuk mendapatkan semula sokongan itu?

Yang paling kritikal dan yang paling sukar adalah untuk menunjukkan, ketiga, bahawa PH adalah komited kepada Malaysia yang berbilang kaum sambil mengekalkan (atau mendapatkan semula) sokongan bukan Melayu tetapi tidak mengasingkan pengundi Melayu yang kini semakin terhakis.

PH terpaksa menyuarakan dengan jelas bahawa mereka komited kepada Malaysia yang berbilang kaum. Mereka harus menentukan dengan jelas apa yang dimaksudkan oleh Malaysia yang berbilang kaum.

Ia tidak boleh menjadi satu slogan yang memberi harapan yang tinggi kepada sesetengah orang dan menyebabkan pihak lain tersinggung. Satu tugas besar yang wajib dilakuakn adalah menjelaskan kepada orang Melayu bahawa tiada siapa yang akan mengambil hak keistimewaan mereka di bawah Perlembagaan.

Orang bukan Melayu juga mesti memahami perkara ini dan tidak boleh menggunakan Malaysia Baru untuk mencabar hak-hak tersebut.

Orang Melayu, sebaliknya, mesti memahami hak bukan Melayu dan amalan agama selain daripada Islam yang juga diiktiraf di bawah Perlembagaan tidak boleh dilanggar.

Ini adalah tugas yang besar. Bagaimana untuk memupuk pemahaman asas perkauman di Malaysia selepas bertahun-tahun sikap ekstremis yang tiada kompromi, terutamanya di kalangan perkauman Melayu-Muslim?

Undang-undang mesti digunakan, tanpa penyalahgunaan dan tertakluk kepada semakan kehakiman, untuk memastikan konflik yang dicetuskan oleh perkauman, yang berasal daripada apa jua sumber asing atau tempatan, tidak menjejaskan Malaysia yang berbilang bangsa.

Keempat, PH mesti membuat perbezaan yang jelas antara hak perlembagaan dan dasar kerajaan.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah salah satu dasar yang menyamar sebagai hak perlembagaan kerana ia telah wujud lebih dari dua generasi. Ia tidak dicipta untuk bertahan lama, tetapi telah digunakan untuk menunggang populisme Melayu dan berkembang menjadi hak yang salah.

Kebenarannya ialah DEB tidak berjaya dan tidak akan berjaya. Jalan yang terbaik adalah untuk meninggalkan DEB. PH sebenarnya mempunyai dasar baru – Kemakmuran Bersama dan ini seharusnya diberi perhatian yang lebih serius.

Dengan Kemakmuran Bersama, negara perlu melihat pertumbuhan kualiti yang lebih tinggi dengan pelaburan yang lebih jelas dalam kedua-dua modal manusia dan kewangan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button