Sukan

20 Pasukan Bola Sepak Termahal Dunia 2019

Hasil laporan CIES Football Observatory tentang perbelanjaan setiap pasukan dalam empat liga terbesar Eropah iaitu EPL, La Liga, Serie A dan Bundesliga telah memperlihatkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) menguasai senarai skuad paling mahal dalam bola sepak dunia.

Apa yang mengagumkan, nilai skuad City ialah 32 kali lebih mahal berbanding pendatang baharu EPL, Norwich yang memiliki pasukan bernilai 28.7 juta pound (RM147 juta).

Berdasarkan perbelanjaan yang dilakukan Everton sejak beberapa tahun kebelakangan ini turut menyaksikan skuad Marco Silva itu memiliki pasukan yang lebih mahal berbanding juara Jerman, Bayern Munich, Borussia Dortmund, Roma dan Napoli.

1. Manchester City – 909 juta pound (RM4.67 bilion)


2. Paris Saint-Germain – 819 juta pound (RM4.20 bilion)


3. Real Madrid – 809 juta pound (RM4.15 bilion)

4. Manchester United – 673 juta pound (RM3.45 bilion)

5. Juventus – 645 juta pound (RM3.31 bilion)

6. Barcelona – 625 juta pound (RM3.21 bilion)

7. Liverpool – 573 juta pound (RM2.94 bilion)

8. Chelsea – 503 juta pound (RM2.58 bilion)

9. Atletico Madrid – 494 juta pound (RM2.53 bilion)

10. Arsenal – 447 juta pound (RM2.29 bilion)

11. Everton – 436 juta pound (RM2.24 bilion)

12. Tottenham – 417 juta pound (RM2.14 bilion)

13. AC Milan – 366 juta pound (RM1.88 bilion)

14. Inter Milan – 326 juta pound (RM1.67 bilion)

15. Bayern Munich – 316 juta pound (RM1.62 bilion)

16. Monaco – 312 juta pound (RM1.60 bilion)

17. Napoli – 292 juta pound (RM1.50 bilion)

18. Borussia Dortmund – 288 juta pound (RM1.47 bilion)

19. Leicester City – 280 juta pound (RM1.43 bilion)

20. Valencia – 239 juta pound (RM1.22 bilion)

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button