Isu SemasaTempatan

Penswastaan Perkhidmatan Awam Mampu Jimatkan RM5 Bilion

Cadangan untuk menswastakan sebahagian daripada perkhidmatan awam yang sudah ‘terlalu besar’ dikatakan akan mampu mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi emolumen sebanyak sekitar RM5 bilion.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Borhan Dolah, jabatan tersebut sedang menyelaraskan kertas cadangan penswastaan itu memandangkan ia dijangka akan diimplementasikan pada tahun 2020.

“Penjimatan daripada penswastaan ini akan bergantung kepada skim-skim yang akan kami tawarkan, di mana ia masih sedang diperbincangkan secara teliti oleh jabatan kami, tetapi kami berharap untuk berjimat sehingga RM5 bilion setahun.

“Setiap tahun, kerajaan membelanjakan wang tunai kira-kira RM1 bilion bagi cuti yang terkumpul dan membayar ganjaran, dan itu merupakan bahagian yang kami sasarkan untuk menjimat kos,” katanya dalam Persidangan Pengurusan Sumber Manusia (HRMC) 2019 pada Rabu.

Beliau berkata, skim-skim baru akan mengutamakan kemasukan pekerja baru ke dalam perkhidmatan awam, sementara pilihan bagi pekerja sedia ada masih sedang dinilai.

“Selepas draf pertama dibentangkan kepada Kabinet, kami diberitahu untuk menambah baik skim-skim yang akan ditawarkan kerana ia perlu menjadi menarik bagi mengganti beberapa manfaat yang akan ditarik.

“Cadangan itu akan diimplementasikan bagi pengrekrutan baru. Jika kita lihat pada masa dahulu, skim yang serupa telah dilaksanakan, cuma bukan dalam skala yang besar.

Emolumen bagi tahun 2019 dijangka akan meningkat kepada RM82.05 juta, manakala kos persaraan pula menyaksikan peningkatan dan dijangka akan mencecah RM26.56 bilion pada tahun ini.

Secara keseluruhan, perbelanjaan bagi sektor awam adalah RM108.61 bilion.

“Cadangan yang telah dipersetujui oleh Kabinet merupakan sebahagian daripada inisiatif kami untuk mengurangkan bebanan pencen kerajaan memandangkan hampir RM28 bilion dibelanjakan setiap tahun untuk membayar skim pencen awam.

“Penswastaan akan mengurangkannya (beban itu),” ujar Borhan.

Tambah beliau lagi, skim-skim yang sedang dibangunkan akan menjadi lebih pelbagai dan fleksibel mengikut setiap jabatan perkhidmatan awam.

Sumber: The Malaysian Reserve (TMR)

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button