Bisnes & Ekonomi

Anak Muda Yang Mahu Bantu Beri Tuala Wanita Percuma Bagi Yang Di Pedalaman & Tidak Berkemampuan

Ternyata masih ramai anak muda perempuan yang tinggal di bahagian pedalaman negara tidak dapat ke sekolah sekiranya mereka datang bulan.

Ini termasuk mereka daripada komuniti orang asli kerana sama ada mereka sukar untuk membeli tuala wanita dek kerana akses yang susah ataupun tidak mampu membelinya.

Sebuah alumni badan bukan kerajaan Mycorps telah memperkenalkan Bunga Pads yang menyediakan tuala wanita percuma kepada pelajar perempuan yang tidak mampu membelinya.

Tuala wanita yang mesra alam ini diperbuat daripada kain kapas arang bamboo dengan kualiti fabrik berkualiti tinggi daripada Vietnam.

Sumber Imej: frontdesk.com.my

Projek yang baharu sahaja bermula pada 19 Julai yang lalu telah bersama-sama dengan kempen Pad4Her meningkatkan kesedaran tentang kes ponteng sekolah gara-gara datang haid serta meningkatkan dana untuk inisiatif membantu mereka.

Salah seorang disebalik Bunga Pads ini berkata mereka menjangkakan untuk memberi tuala wanita ini pada bulan Disember kepada para pelajar di Sabah.

Fitriyati Bakri, 24 tahun yang juga merupakan anak Sandakan, Sabah berkata dia bersama sukarelawan Mycorps Alumni telah mencetuskan idea ini semasa misi kemanusiaan di Bangladesh dua tahun lalu.

Semasa di sana mereka dapati bahawa pelajar perempuan yang ponteng di daerah itu adalah tinggi disebabkan datang haid. Perkara ini telah menjejaskan lebih kurang 50 hari persekolahan dalam setahun.

“Keluarga mereka tidak mampu untuk membeli tuala wanita kerana satu pek tuala wanita adalah bernilai 80 taka (RM5) manakala pendapat seisi rumah mereka hanyalah 100 taka,” kata Fitryati.

Sumber Imej: BERNAMA

Disebabkan itu, Fitriyati bersama tujuh rakannya yang lain memutuskan untuk mengembangkan idea untuk membuat tuala wanita boleh dicuci mereka sendiri dan diberikan kepada remaja perempuan di sana.

Ia mengambil masa selama sebulan untuk mereka mengadakan rekaan tuala wanita yang sesuai dengan budaya tempatan.

“Wanita di sana tidak memakai seluar dalam oleh itu ia merupakan sebuah cabaran untuk kami merekacipta sebuah tuala wanita yang boleh mereka gunakan. Setelah kita mendapat rekabentuk yang sesuai, kami mengajar kumpulan ibu tunggal yang kurang berpendapatan untuk menjahit tuala wanita tersebut,” jelasnya.

Fitriyati menambah bahawa mereka memutuskan untuk memperkenalkan projek ini di Malaysia setelah mengetahui bahawa remaja perempuan serta wanita daripada komuniti Orang Asli di Kelantan mengenakan kain raga jika mereka datang haid.

Projek ini kemudian diteruskan di Malaysia setelah dipersetujui oleh Ketua Pengarah Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Hanipah Ibrahim dan diberi sokongan kewangan oleh mereka untuk memulakan projek tersebut.

Setakat ini mereka telah menghasilkan 100 kit dengan setiap satunya berharga RM100 dan mengandungi tujuh tuala wanita – 3 panty liners, 2 pad untuk aliran banyak dan 2 pad untuk regular.

Bunga Pads mendapat namanya daripada ibu Fitriyati yang kini berusia 43 tahun.

“Nama Bunga dipilih sebagai tanda terima kasih saya kepada ibu saya yang telah membesarkan saya dan lima orang adik-beradik lain walaupun kami menghadapi kesukaran pada satu ketika dahulu.

Kerana ketika saya berusia 13 tahun, ibu saya mengalami barah payudara tingkat tiga tetapi tidak mampu untuk melakukan pembedahan walau bagaimanapun beliau mampu menyembuhkan dirinya sendiri dengan menjaga pemakanannya,” kongsi Fitriyati tentang ibunya bernama Bunga Sape.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button